Berat Badan Susah Turun, Ini Adalah Sebabnya

Untuk menurunkan berat badan, korang perlu konsisten. Janganlah menganggap berat badan ini hanya boleh turun dalam masa seminggu sahaja, tidak. Semangat untuk membuat sesuatu perkata itu amatlah penting. Korang bercita-cita nak dapat berat badan yang ideal, tapi bab makan tak pernah jaga. Bersenam jauh sekali.

Tapi ada beberapa kes, macam-macam cara nak dibuat, tapi berat tetap tak turun-turun. Pernahkan korang tertanya-tanya mengapakah berat badan susah untuk turun walaupun anda sudah melakukan bermacam cara? Di bawah ini Abang Jim nak senaraikan enam sebab mengapa berat badan susah untuk turun.

1.   Banyak toksin dalam badan

Toksin boleh didapati dalam dua cara iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran boleh kaitkan dengan pemakanan harian korang. Selain itu, toksin juga hadir disebabkan oleh faktor dalaman iaitu perasaan stres atau marah. Toksin yang terlalu tinggi dalam badan akan menyukarkan korang untuk menurunkan berat badan. Toksin akan keluar melalui najis, air kencing, dan perpeluhan. Setiap hari, pastikan korang akan membuang air besar dan air kecil sekerap yang mungkin untuk menyingkirkan toksin di dalam badan. Berpeluh juga boleh menjadi salah satu cara yang baik untuk mengeluarkan toksin di dalam badan.

2.   Banyak makan dan minum gula yang berlebihan

Gula merupakan musuh utama jika korang ingin menurunkan berat badan. Gula mampu menaikkan lagi keinginan untuk makan dengan lebih kerap. So korang akan lebih terdedah kepada kegemukan, malah berisiko tinggi untuk mendapat penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, dan bahkan lebih teruk lagi adalah kanser.

3.   Makan berat pada waktu malam

Korang sering makan berlebihan. Untuk menurunkan berat badan dengan cepat, korang perlu menghadkan pemakanan selewat-lewatnya makan pada pukul 7 atau 8 sahaja. Jika berasa lapar, boleh ambil buah-buahan seperti epal dan juga boleh minum air. Apabila air dalam badan mencukupi, korang akan berasa kurang keinginan untuk makan.

Baca artikel ini: Jenis-jenis malas anda malas yang mana?

4.   Tiada niat dan kesungguhan

Jikalau korang ingin melakukan sesuatu perkara, perlulah tekad dan bersungguh-sungguh untuk mencapai hasilnya. Tanya diri sendiri, sejauh manakah kesungguhan korang untuk menurunkan berat badan. Betulkan niat korang tu dulu bahawa korang ingin kurus untuk cantik, tetapi untuk kesihatan.

5.   Kurang bergerak dan terlalu banyak duduk

Untuk turunkan berat badan dengan cepat, korang perlulah banyak bergerak supaya badan berpeluh. Dengan cara itu, korang dapat membakar lemak di dalam badan kita dengan pantas. Rajinkan diri korang untuk pergi ke taman yang berdekatan dengan rumah pada waktu petang untuk melakukan senaman. Ambil masa 30 minit untuk bersenam. Lakukan setiap hari. Itu sudah mencukupi daripada anda tidak melakukan apa-apa.

6.   Tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup

Jangan amalkan tidur lewat pada malam hari. Ia tidak bagus untuk kesihatan badan korang. Di samping itu, tidur yang tidak mencukupi boleh membuatkan hari korang kurang produktif. Apabila kurang produktif, korang akan lebih banyak duduk dan tidak mengeluarkan peluh.

Sekarang ni dah faham kenapa susah sangat nak kurus? Makan lemang, ketupat dengan rendang tun anti biar berpada-pada sikit. Elok-elok puasa turun 5kg, lepas raya naik 10kg pulak.

Baca artikel ini: Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres

Read Previous

7 Sebab Tidak Masuk Akal Pelajar Didenda Guru

Read Next

3 Jenis Buah Sebagai Remedi Batuk Untuk Kanak-Kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

9 − 1 =