5 Mitos Sperma Lelaki Yang Korang Salah Faham

Mungkin apa yang Abang Jim nak ceritakan ni membuatkan korang berasa kurang senang. Tapi nak tak nak, korang kena betulkan semula fahaman korang tentang air mani atau sperma.

Macam yang korang tahu terutamanya lelaki, air mani kelihatan seperti lendir hingus. Dan ia mengandungi jutaan sperma yang tidak kelihatan pada mata kasar.

Mungkin korang pernah dengar sperma lelaki akan berenang dengan laju menuju ovum atau telur wanita bila pasangan melakukan hubungan intim. Ada tanggapan yang salah tentang sperma lelaki. Kat sini Abang Jim akan senaraikan 5 mitos tentang kandungan air mani yang selalu disalah faham.

 1.   Sperma lelaki berenang-renang menuju ovum

Sebelum ini korang sering mendengar, jutaan sperma lelaki akan berenang berlumba-lumba antara satu sama lain untuk menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memasuki ovum atau telur wanita.  Sebenarnya, sperma tidak berenang secara tegak atau terus ke hadapan. Kemampuan pergerakan sperma boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

  • Pergerakan progresif: bergerak aktif dalam keadaan terus atau bulatan besar
  • Pergerakan tidak progresif: corak pergerakan lain selain bergerak terus
  • Tidak bergerak

Pergerakan sperma lelaki ini adalah seperti ‘kursus halangan ketenteraan yang mencabar’. Tambahan lagi, kebanyakan pergerakan sperma ini sebenarnya dibantu otot rahim. Ia menggalakkan sperma yang berada di dalam tiub fallopio untuk bergerak ke arah telur atau ovum.

2.   Kandungan air mani pekat menunjukkan jumlah sperma yang lebih banyak

Ini pun salah satu tanggapan yang salah. Kandungan air mani lelaki yang pekat tidak semestinya menunjukkan tingginya jumlah sperma dalam air mani tersebut. Apabila sperma lelaki mula memasuki faraj wanita, ia akan berjumpa dengan lendir serviks. Lendir serviks ini berfungsi dalam dua keadaan, melindungi sperma atau menolak sperma. 

Baca artikel ini: Sotong Pun Ada? 10 Rekaan Kasut Tak Masuk Akal

3.   Sperma lelaki hanya hidup dalam tempoh yang pendek selepas diejakulasi

Walaupun ia mungkin benar, tetapi ia tidak semestinya begitu. Jangka hayat sperma bergantung kepada lokasi sperma itu dilepaskan selepas berejakulasi. Sperma yang dilepaskan ke dalam faraj selepas ejakulasi boleh terus hidup sehingga 5 hari. Tetapi jika sperma mengering, biasanya ia akan terus mati. Sperma yang dilepaskan pada kawasan yang kering atau sejuk seperti tisu atau kain akan mati selepas beberapa minit ia melalui ejakulasi. Tempoh paling lama sperma ini boleh bertahan pada persekitaran seperti ini ialah selama 30 minit. Tetapi ia sangat jarang sekali berlaku.

4.   Seluar dalam mengurangkan bilangan sperma

Ada yang menyatakan, kalau korang pakai seluar dalam yang ketat, jumlah sperma korang akan jadi tak berkualiti dan berkurang. Sebenarnya, pemakaian seluar dalam langsung tidak mempunyai kesan ke atas jumlah sperma yang akan dihasilkan. Kajian pada tahun 2016 menunjukkan, hanya terdapat sedikit sahaja perbezaan jumlah sperma berdasarkan jenis seluar dalam yang dipakai. Walaupun ada kajian terbaharu yang menyatakan bahawa, pemakai boxer mempunyai bilangan sperma 17% lebih tinggi berbanding pemakai seluar dalam, kajian tersebut tidak melibatkan faktor lain. Apa yang penting, pakailah seluar dalam mengikut keselesaan korang.

5.   Air mazi tidak mengandungi sperma

Air mazi atau disebut sebagai pre cum tidak mengandungi kandungan sperma. Tapi berkemungkinan terdapat sisa sperma yang masih lagi berada dalam saluran kencing dan akan bercampur dengan air mazi yang keluar. Walaupun jumlah sperma yang ada dalam air mazi ini tidaklah begitu banyak, tetapi ia masih mengandungi sejumlah sperma yang sihat. Kajian pada tahun 2011 menunjukkan, hampir 37% daripada sampel air mazi yang dikumpulkan daripada 27 individu mempunyai bilangan sperma yang aktif dan sihat. So masih terdapat peluang untuk sperma ini memasuki rahim dan menyebabkan pasangan korang hamil.

Kesemua mitos atau tanggapan yang kurang tepat berkenaan kandungan air mani dan sperma lelaki ini masih lagi dipercayai oleh kebanyakan anggota masyarakat termasuklah Abang Jim sendiri. Sebab itulah sampai sekarang Abang Jim beli seluar dalam longgar sebab takut sperma jadi tak berkualiti. Padahal salah!

Kredit: Hellodoktor.com

Baca artikel ini: Comelnyer! Wanita Jadi Ibu Pada Seekor Itik

Read Previous

Comelnyer! Wanita Jadi Ibu Pada Seekor Itik

Read Next

Cantik! 10 Idea Sentuhan Dekorasi Murah Dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 11 =