Huh? Kelebihan Untuk Orang Yang Suka Berjaga Malam

Sejak dari kecil lagi, korang termasuklah Abang Jim diajar untuk tidur awal agar dapat rehat secukupnya sebelum memulakan hari. Namun ada sesetengah individu pula sudah terbiasa berjaga malam. Jangan salah sangka, mereka yang jenis night owl ini sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri tau. Selalunya orang akan cakap tak elok berjaga malam. Tapi rupanya ada juga kebaikan tersirat untuk individu yang selalu berjaga malam ni.

1.   Lebih kreatif

Pada tahun 2006, sekumpulan penyelidik di Itali mengelaskan 120 individu sama ada mereka jenis tidur awal, tidur lambat atau di antara kedua-dua karakter tersebut dalam satu ujian. Hasil ujian tersebut mendapati bahawa mereka yang tidur lambat dapat menyelesaikan masalah dengan lebih pantas dan tanpa sebarang masalah berbanding mereka yang tidur awal.

2.   Lebih pandai

Satu kajian oleh Satoshi Kanazawa, seorang ahli sains di London School of Economics and Political Science mendapati bahawa, IQ kanak-kanak yang tidur pada waktu berbeza pada hari minggu dan hari bersekolah akan membesar menjadi orang dewasa nokturnal yang tidur lambat dan bangun lambat pada hari bekerja. Namun mereka yang dikatakan tidur lambat ini akan lebih berjaya dalam kerjaya mereka.

Baca artikel ini: Definisi Maskulin Pada Pandangan Mata Wanita

3.   Punya masa lebih untuk hobi

Malam adalah waktu untuk berehat. Individu yang ada masalah tidur, biasanya diaorang akan melakukan aktiviti ringan seperti membaca, menulis mahupun bermain gitar. Sebab-sebab ini juga membuatkan individu tersebut dapat mengasah kelebihan mereka tanpa gangguan persekitaran mahupun orang lain. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka yang berjaga malam lebih mampu bertahan untuk menyelesaikan tugasan bagi menepati tarikh akhir.

4.   Stamina dan mental kuat

Menurut satu kajian oleh University of Alberta, mereka mendapati individu yang nokturnal dan bangun lebih awal mempunyai stamina mental berbeza. Mereka yang berjaga malam menunjukkan kekuatan stamina yang bertambah pada waktu petang menjadikan mereka lebih aktif dengan daya pemikiran tajam manakala mereka yang bangun awal hanya punyai stamina kuat pada awal pagi namun kekuatan mereka mula pudar secara perlahan-lahan selepas waktu tengah hari.

Walaupun masih terdapat kelebihan untuk individu yang tidur lewat, tapi korang jangan amalkan tabiat ini ok. Keputusannya mungkin berbeza terhadap individu lain. Korang kena pastikan korang mendapat tidur yang cukup iaitu sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Baca artikel ini: Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres

Read Previous

Kucing Romantik Kirim Sekuntum Bunga Setiap Hari Kepada Seorang Wanita

Read Next

Guys! Nah 8 Tanda Girlfriend Korang Jenis Kekasih Clingy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × five =