Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres

Tidak dinafikan manusia mudah mengalami stres jika mempunyai bebanan tekanan pekerjaan dan ditambah lagi dengan masalah di rumah atau lain-lain. Semua orang pernah stres. Termasuklah Abang Jim sendiri. Ada waktu rasa nak menjerit satu dunia. Stres berlaku apabila manusia terlalu penat dan tiada rehat termasuklah minda yang sentiasa bekerja tidak kira masa. Tapi bila korang dilanda stress, korang patut tahu apa yang korang kena buat. Setiap orang itu boleh mengawal stres jika tahu caranya yang betul agar tidak menjejaskan kesihatan dalaman seperti migrain, insomnia, sakit jantung, dan tekanan perasaan yang kemungkinan boleh menjadi punca kepada kes mencederakan diri. Kat sini Abang Jim nak kongsikan apa yang korang boleh buat kalau stres.

1.   Jaga makan

Tahap stres dan diet pemakanan sangat berkait rapat. Malangnya bila stres, ramai yang tidak menjaga pola pemakanan yang sihat dengan secara drastiknya kerap mengambil makanan segera dan kurang makan. Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ianya baik untuk membantu mengawal stres. Jenis ikan yang kaya dengan omega-3 juga mampu mengurangkan simptom stress korang.

2.   Minum teh

Teh mengandungi separuh kafein yang terdapat di dalam kopi dan ianya kaya dengan antioksidan serta asid amino yang baik dalam menenangkan serta mengawal tahap stres.

3.   Senaman

Berjalan seketika di pejabat mampu menghilangkan stres dengan cepat bila korang penat dengan tekanan kerja. Ianya membantu saluran darah dalam tubuh berjalan lancar serta melepaskan endorfin dan mampu mengawal mood korang secara drastik.

Baca artikel ini: Serius Nak Berhenti Merokok? Ikut 5 Langkah Ini

4.   Tidur cukup

Semua orang tahu bahawa stres menyebabkan kurang tidur. Malah, kurang tidur juga boleh menyebabkan stres. Kitaran ini menyebabkan otak dan tubuh badan menjadi letih dan semakin teruk jika tidak dikawal. Pastikan korang mendapatkan tidur sehari tujuh hingga lapan jam.

5.   Tarik nafas

Mungkin bagi korang ayat yang mengatakan ‘tarik nafas’ adalah sesuatu yang cliché tetapi hakikatnya ia sebenarnya sangat membantu semasa stress. Duduk pada postur menegak, letakkan kedua-dua belah kaki ke atas lantai, serta kedua-kedua belah tangan di atas riba dan tarik nafas sedalam-dalamnya dan secara perlahan-lahan hembus. Dengan menarik nafas dalam memberikan oksigen yang cukup pada dalam darah, menyeimbangkan tubuh badan dan menenangkan fikiran.

Nak hilangkan stres ni tak memerlukan modal yang besar pun. Yang korang perlu ada ialah otak yang bijak dan tahu macam mana nak tangani stres. Benda ni kalau tak dikawal, boleh menjejaskan tubuh badan korang nanti ok.

Baca artikel ini: Wow! 5 Buku Paling Mahal Yang Pernah Dijual

Read Previous

Khasiat Tomato Yang Korang Tak Tahu

Read Next

Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 − 3 =