Kucing memang terkenal dengan perangai yang sedikit aneh berbanding anjing. Bukan itu jer, kucing juga diketahui mempunyai sifat yang agak menjengkelkan. Sebab tu Abang Jim kadang-kadang cukup geram dengan kucing sebab kucing sebab perangai kekwat dan berlagak dia tu. Huh!
Tapi, seekor kucing kat sebuah kawasan kejiranan di UK ni memang cukup lain dan istimewa. Mengisahkan tentang seorang wanita bernama Rosie yang baru sahaja berpindah ke sebuah kawasan perumahan.
Satu hari, Rosie terkejut apabila mendapati ada seekor kucing yang gebu sedang tidur kat koridor rumahnya seolah-olah tempat itu dia yang punya. Kucing itu bernama Willow dan hobinya adalah melawat jiran tetangga kat situ.
Baca artikel ini: Pencinta Kucing? Ini adalah 10 perkara yang korang mungkin tak tahu tentang Haiwan comel ini
Apa yang istimewa ialah, Willow boleh dikatakan kucing yang sangat romantik apabila setiap hari, dia akan membawa sekuntum bunga untuk diberikan kepada Rosie. Kedengaran agak pelik, tetapi itulah yang dilalui oleh wanita itu setiap hari.
Menurut Rosie, semuanya bermula pada musim bunga lalu apabila dia mendapati dekat koridor rumahnya ada beberapa kuntum bunga merah jambu. Pada mulanya, dia menyangka mungkin disebabkan angin sehinggalah teman serumahnya memberitahu bahawa ini kerja Willow. Tetapi Rosie tidak percaya.
Hari demi hari berlalu dan jumlah bunga itu semakin banyak. Bunga-bunga yang bertaburan di sekeliling lantai itu kelihatan begitu romantik. Satu hari Ketika Rosie sedang memasak, akhirnya dia nampak sendiri Willow datang ke rumah sambil membawa sekuntum bunga di mulutnya.
Rosie berasa sungguh teruja lalu cepat-cepat merakamnya kerana ia sangat comel dan selalunya kucing bawa balik bangkai haiwan je sebelum ini.”
Penduduk kat situ memang dah cukup mengenali Willow. Kucing itu akan mengiau kat depan pintu rumah sesiapa sahaja sehinggalah penghuninya membuka pintu dan memberinya masuk untuk kucing tu tumpang tidur.
Tiada siapa yang boleh mengatakan tidak setiap kali Willow mengiau di hadapan pintu rumah. Bahkan kucing itu juga peramah dan suka bermain dan dibelai oleh jiran-jirannya.
Ternyata Willow ini bukan saja mencuri bunga-bunga daripada taman tuannya untuk diberikan kepada jirannya tetapi turut mencuri hati Rosie.
Baca artikel ini: 6 tanda kucing korang sayang kat korang