Definisi Maskulin Pada Pandangan Mata Wanita

Untuk menjadi lelaki maskulin bukan hanya tertumpu pada susuk tubuh yang kekar semata jer tau. Sebabnya, Wanita mengkategorikan seseorang lelaki itu maskulin berdasarkan pelbagai aspek, bukan semata-mata bentuk fizikal. Patutlah Abang Jim berhabis kudrat ke gym nak dapatkan tubuh kekar, tapi satu pun tak melekat! Tak perlu menjadi metroseksual cukup sekadar tahu menjaga dan membawa diri ketika berhadapan dengan wanita. So kat sini Abang Jim nak kongsikan pandangan lelaki maskulin di mata wanita.

1.   Pakaian

Perhatikan kemeja korang yang komot itu, usah manjakan diri sampai malas untuk menseterika baju itu. Dari situ wanita menilai kekemasan seseorang lelaki dalam menjaga penampilan diri mereka.

 2.   Cara Berjalan

Lelaki yang jalannya teratur dan tidak kelam kabut pasti akan mencuri tumpuan mata wanita yang memandang. Jangan jalan berlenggang!

Baca artikel ini: Evolusi trend fesyen ikut peredaran zaman

 3.   Tutur Kata

Wanita akan memberikan perhatian ketika lelaki sedang berbicara (berbanding lelaki yang tidak gemarkannya) jadi dari pertuturan yang diucap oleh lelaki, setiap satunya akan dinilai oleh wanita. Tak perlu berlagak, cukup sekadar merendah diri yang tahu apa yang dituturkan.

 4.   Bau

Siapa suka dengan bau busuk? Baik lelaki mahupun perempuan, sangat penting menjaga bau badan agar tidak busuk. Jika ada masalah bau badan, cepat-cepat cari jalan penyelesaiannya. Kalau pakai perfume, pastikan bauan itu sesuai dan tidak menyakitkan hidung!

Dah faham? Bila dah jadi maskulin nanti, jangan tetiber jadi lelaki playboy pulak yer. Abang Jim nak ingatkan jer. Hahaha!

Baca artikel ini: Berbakat! Pelajar Jepun cipta pakaian daripada ‘getah tempe’

Read Previous

Wow! 5 Buku Paling Mahal Yang Pernah Dijual

Read Next

Antara Punca Korang Susah Nak Lekat Kerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

14 − 9 =