Sesetengah lelaki mungkin tidak kisah memilih teman wanita yang mempunyai perangai clingy. Tetapi apabila terlalu manja dan asyik menempel di sisi pasangan mesti lama-lama si lelaki akan berasa rimas. Mana taknya, kalau 24 jam asyik nak mengada-ngada jer. Kalau Abang Jim, jadi single lagi baik daripada 24 jam nak kena hadap jenis girlfriend clingy ni. Untuk jejaka di luar sana, kat sini Abang Jim nak senaraikan 8 tanda kekasih korang adalah kekasih clingy.

1. Tidak beri ruang
Bagi lelaki, ruang untuk diri sendiri adalah penting. Dia juga perlu masa untuk bersama kawan lelaki yang lain untuk melakukan aktiviti mereka seperti bersukan dan lepak menonton perlawanan bola sepak.
2. Bercakap dengan si dia 24 jam
Macam yang Abang Jim cakap tadi, si lelaki pun ada kerja lain nak buat selain melayan celoteh kekasih di talian. Tidak semua lelaki gemar bergayut di telefon berjam lamanya. Rimas!

3. Asyik-asyik dia jer
Semua benda yang teman wanita korang nak buat, mesti nak buat dengan korang. Makan, shopping everything! Macam korang jer satu-satunya individu yang ada dalam hidup dia.
4. Terlalu masuk campur
Teman wanita korang jenis yang suka masuk campur dalam urusan peribadi korang yang langsung tiada kaitan dengannya. Lagi parah, si girlfriend menghasut agar korang menyingkirkan rakan korang dari hidup. Berbincang secara profesional dengannya dan biar dia tahu bahawa korang tak suka dengan tindakannya.
Baca artikel ini: Sebab Sukar Cari Jodoh Lelaki Ini Tekad Kahwini Robot

5. Elak jadi menyusahkan
Lelaki sememangnya suka jika wanita kesayangan mereka meminta tolong kerana ia membuktikan yang korang diperlukan dalam hidupnya. Namun, janganlah sampai hendak ambil surat di depan rumah pun minta si dia temankan. Itu mengada-ngada namanya!
6. Tidak selesa apabila si dia bertemu wanita lain
Takut jika dia beralih arah dan jatuh cinta dengan yang lain? Anda perlu ambil masa untuk diri sendiri dan keluar bergembira bersama rakan-rakan. Jadi lebih yakin dengan kemampuan sendiri.

7. Tidak suka korang habiskan masa dengan rakan-rakan
Kekasih korang tidak suka korang menghabiskan masa bersama kawan-kawan dan selalu berharap masa korang hanya untuk dia.
8. Curiga sepanjang masa
Percaya itu penting dalam perhubungan. Memang merimaskan apabila semua perkara yang dilakukannya perlu mendapat persetujuan si teman wanita. Tidak semestinya bekerja lewat bererti korang keluar mencari wanita lain.
Kadang-kadang susah juga kalau mempunyai teman wanita jenis mengada-ngada ni. Manja dan mengada-ngada tu dua perkara yang berbeza. Daripada sayang, kalau perangai melebih-lebih macam ni pun boleh mengundang juga.
Baca artikel ini: Personaliti Berdasarkan Bentuk Tulisan Tangan