Kucing adalah haiwan yang manja , comel dan menggeramkan . Pada zaman dulu nak bela kucing sangatlah senang kerana zaman dulu rumah jenis dekat bawah . Jadi tak perlu nak fikir macam mana kucing tu nak lepaskan hajat , nak bermain diluar dan mereka makan pon hanya ikan goreng yang digaul dengan nasi . Dulu kos sara hidup amatlah rendah berbanding dengan zaman sekarang .
Tapi zaman sekarang kos nak jaga kucing sangatlah mahal . Antaranya pasir untuk Cik Meow lepaskan hajat , makanan yang mahal , tempat mereka bermain terhad sebab zaman sekarang di bandar , rumah semua bertingkat-tingkat . Eh, banyak pula Abang Naz membebel pulak harini .
Abang Naz percaya , walaupun kos nak jaga kucing ni mahal . Tapi Abang Naz yakin ramai je yang masih pelihara Cik Meow ni dirumah . Dah kata pencinta kucing kan ? Setakat habis ratus-ratus dekat Cik Meow apadehal kan ? Hehehe, harini Abang Naz nak kongsikan 5 perkara yang korang mungkin tak tahu tentang haiwan comel ini :-
1. Kucing boleh mendengar ikan lumba-lumba
Ikan lumba-lumba menggunakan gelombang ultrasonik untuk berkomunikasi . Kucing pula boleh mendengar bunyi ultrasonil yang dipancarkan oleh ikan lumba-lumba berhampiran . Secara teorinya, kucing boleh mendengar apa yang dikatakan oleh ikan lumba-lumba .
2. Kucing boleh minum air laut
Kucing mempunyai buah pinggang yang bleh mengasingkan garam daripada laut sekaligus membolehkan mereka meminum air laut . Kalau kucing sesat di lautan , peluang mereka untuk hidup adalah lebih tinggi daripada manusia .
3. Kucing tidur selama 16 hingga 20 jam sehari
Kucing memang kuat tidur. Sehari kucing boleh tidur sehingga 20 jam. Kalau anda ada kucing di rumah, memang anda akan nampak dia terbaring lena je sepanjang masa, terutama pada waktu siang. Ini kerana kucing perlu menyimpan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti mereka pada waktu tengah malam sehingga pagi. Seronok kan jadi kucing?
4. Kucing juga berpeluh
Kucing juga berpeluh seperti manusia. Tetapi tidak pada bulu atau kulitnya. Sebaliknya mereka berpeluh melalui tapak kakinya. Jika anda merasakan lembapan pada sekitar tapak kaki kucing, berikan mereka sedikit rendaman pada air agar si comel boleh kekal hidrat.
5. Kucing mampu mengesan gempa bumi
Secara logik, ianya juga boleh masuk akal. Tetapi dari segi teori, ia masih belum dipastikan kesahihannya. Menurut sumber Reader’s Digest, tapak kaki kucing mampu mengesan gempa bumi yang bakal berlaku. Tapak kaki kucing adalah satu bahagian tubuhnya yang sensitif dan peka pada gegaran bumi.
6. Kucing bermimpi
Kucing juga bermimpi. Secara azalinya kita tahu bahawa kucing suka terlena walaupun sekejap. Namun apabila si kucing tidur nyenyak, ia juga menghasilkan gelombang deria dalam otak mereka sama seperti ketika manusia sedang tidur
7. Kucing menghidu bila berjumpa kucing lain
Kucing menghidu hidung masing-masing bila bertemu. Ianya salah satu cara mereka mengenali dengan lebih mendalam antara satu sama lain. Namun, tidak semua kucing akan melakukan perkara ini. Hanya kucing yang sudah mengenali antara satu sama lain yang berani untuk berbuat demikian. Ianya membantu mereka untuk mengenal pasti kenalannya serta mengetahui personaliti kucing tersebut lebih mendalam.
8. Kelemahan kucing
Sama seperti anjing, kucing juga boleh jatuh sakit atau mati jika memakan coklat.
9. Makanan mentah
Berikan kucing daging mentah setiap hari demi memastikan gusi dan giginya sentiasa sihat dan kuat.
10. Nadi kucing
Nadi kucing berdegup sekitar 160-240 denyutan seminit. Ianya bergantung pada umur kucing. Semakin lanjut usia kucing, semakin lambat kadar nadinya.
Jadi itulah antara 10 fakta tentang Cik Meow yang Abang Naz dapat share . Harap dapat memberi info yang tepat pada pencinta kucing . Kalau ada info yang lagi menarik , tinggalkan diruangan komen tau ! Sampai jumpa lagi …