6 tanda kucing korang sayang kat korang

Korang ada bela kucing? Korang faham tak sifat-sifat kucing bila masa diaorang marah, lapar dan ketakutan? Kucing pun sebenarnya ada perasaan macam manusia gak termasuklah perasaan sayang. Untuk pencinta kucing, mungkin korang dah tahu tanda-tanda kucing korang sayang giler kat tuannya. Tapi min nak share jugak  sebagai perkongsian bersama. So apakah tanda-tandanya? Check the result!

Mencakar/meramas 

Korang pernah tengok tak kucing tiba-tiba dia buat cakaran lembut macam kat karpet, selimut tak pun kat peha korang? Tindakan tu sebagai tanda sebenarnya kucing korang berasa selesa dan selamat berada dengan korang.

Membawa pulang ‘hadiah’

Kalau kucing korang jenis yang kuat merayap, pastu kalau dia balik dia bawakan korang sesuatu sebagai ‘hadiah’, korang terima jer laa dengan hati yang ikhlas. Walaupun hadiah yang kucing korang bawak balik tu tak begitu menyenangkan macam tikus, burung atau ular sekali pun, itu tandanya kucing korang hendak mengekspresikan rasa cinta pada tuannya.

Manja/mengada

Kalau kucing korang menggosokkan kepalanya kat korang atau berjalan sambal menggeselkan badannya sambal memandang wajah korang, ketahuilah bahawa kucing tu sedang bercinta dengan korang! So lakukan kerdipan mata yang lambat sebagai tanda ciuman kat kucing korang ok!

Menjilat

Kucing tidak seperti anjing yang mana sifatnya suka menjilat. Kucing lebih prefer untuk jilat diri dia sendiri berbanding menjilat tuannya. So kalau kucing korang tiba-tiba menjilat tak kisah laa sama ada kat tangan kea tau kat rambut, ini bermakna kucing korang hendak meninggalkan baunya pada korang sebagai tanda kasih sayang. Tindakan korang pulak? Jilat laa kucing tu balik.. Ehh! tipu jer..Tanda tu jugak merupakan cara untuk kucing korang melepaskan stress!

Berdengkur

Kucing akan berdengkur kalau dia berasa tenang, selamat dan selesa. Kalau kucing korang berdengkur saat dia berada dekat dengan korang atau masa korang mengusap kucing korang, korang fahamkan maksudnya apa?

Menunjukkan perut

Kucing sangat sensitif dengan perut mereka. Sebilangan besar kucing sebenarnya tidak suka apabila perut mereka diusap atau disentuh. Ehh! kekwat kemahenn..So, kalau kucing korang tetiber dating kat korang pastu dia menunjukkan perutnya, itu bermakna dia ingin dimanjakan dan dengan rela hati memberi peluang untuk korang mengusap perutnya. Usap slow-slow tau nanti tak pasal-pasal bercalar pulak tangan tu.

Read Previous

Perkara yang korang akan rindu lepas habis belajar

Read Next

Lapar tapi takut nak makan selepas bersenam? Jom amalkan diet ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + twelve =