Hari Raya Aidilfitri memang terasa tidak lengkap tanpa kedengaran lagu-lagu raya yang menghiburkan dan mengusik jiwa. Ada beratus-ratus lagu raya yang telah dicipta sejak dari dulu sehingga ke hari ini. Walaupun telah dicipta sejak sekian lama, lagu-lagu raya itu masih lagi segar sehingga ke harini.

Antara lagu feberet Abang Jim seperti Dendang Perantau, Selamat Hari Raya dan Takbir Raya. Korang pula? Tapi untuk artikel kali ini, Abang Jim nak fokus pada lagu-lagu raya dendangan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza. Kat sini Abang Jim senaraikan 7 lagu raya dendangan Tokti yang sering menghiasi corong-corong radio semasa Aidilfitri.
1. Bila Hari Raya Menjelma
Melodi dan lirik lagu ini memang sangat-sangat best. Menggambarkan betapa meriahnya suasana raya yang dirakam dalam bentuk rumah terbuka.
2. Air Mata Syawal
Tiap-tiap tahun kalau dengar lagu ini, kalau tak nangis memang tak sah. Mungkin tahun ni lagi lebat air mata sebab tak dapat balik beraya. Memang syahdu betul lagu ni yang mengisahkan tentang anak yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga.
3. Nazam Lebaran
Abang Jim paling suka outfit dan tatarias Siti dalam klip video Nazam Lebaran ni. Terasa sangat klasik dan ayu. Lagu ciptaan arwah Pak Ngah ni memang betul-betul membuatkan suasana hari raya terasa.
4. Meriah Suasana Hari Raya
Lagu raya ini pula kedengaran agak ceria dengan suasana latar kanak-kanak. Terimbau kenangan waktu kecil dahulu.
5. Anugerah Aidilfitri
Antara lagu raya dendangan Siti yang dirasakan sangat best dan tersendiri. Dengar berulang kali pun rasa tak jemu.
6. Mekar Hari Raya
Lagu ni pula kedengaran agak unik dengan melodi tersendiri. Lagu ini juga susah nak dinyanyikan sebab ada lenggok tersendiri dan notes yang tinggi di tengah-tengah lagu.
7. Secuci Lebaran
Untuk pengetahuan korang, Sesuci Lebaran ni merupakan lagu raya pertama Siti. Masa lagu ni mula-mula keluar, meletop-letop kat tv dan radio. Memang sedap lagu ni.
So itulah antara lagu-lagu raya istimewa dendangan Siti Nurhaliza yang istimewa Ketika hari raya. Semua sedap-sedapkan? Korang suka yang mana?
Kredit: Suria Records
Baca artikel ini:
Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 1)
Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 2)