Kalau dulu, robot mungkin hanya wujud dalam imaginasi, filem dan novel sains fiksyen. Tapi itu dulu. Seiring dengan perkembangan teknologi, kini, kemunculan robot menjadi realiti terutama di negara yang canggih dengan kemajuan teknologi seperti China dan Jepun.
Bahkan, fungsi dan peranan robot yang pada awalnya untuk memudahkan kerja manusia, kini telah diberi ‘tugas’ baru, untuk dijadikan sebagai teman hidup. Benda ni Abang Jim tak cakap bohong. Sebab memang ada individu dilaporkan telah menjadikan robot sebagai pasangan hidup sama ada suami atau isteri!
Kat negara China misalnya. Negara Tembok Besar itu dikatakan sedang berdepan dengan krisis jurang jantina yang serius ekoran daripada pengguguran anak perempuan selepas polisi pengawalan berapa orang anak setiap keluarga diperkenalkan di negara tersebut.
World Economic Forum dan The Guardian melaporkan kini nisbah bilangan populasi lelaki lebih tinggi daripada wanita dengan 114 lelaki untuk setiap 110 wanita di China.
Akibat ketidakseimbangan jantina ini, ramai lelaki di sana membujang atau lambat berkahwin kerana sukar untuk mencari isteri dan ‘bunga’ di sana yang mungkin tinggal sekuntum. Lepas tu nak kena berebut dengan beratus-ratus ekor kumbang. Of course laa ‘best men win’.
Salah seorang ‘kumbang’ yang tewas tu ialah Zheng Jiajia. Disebab dia sudah berputus asa dalam mencari cinta dan penat dengan desakan keluarganya supaya berkahwin, jurutera berusia 31 tahun ini nekad memperisterikan Yingying, iaitu sebuah robot yang dibinanya sendiri. Fuhh!
Baca artikel ini: Lelaki Kecewa Rambut Palsu ‘Cair’ Sewaktu Sedang Memikat Wanita
Setelah dua bulan ‘bercinta’ dan mengenal hati budi, Zheng dan Yingying berkahwin dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh ibu Zheng dan rakan-rakannya di timur bandar Hangzhou walaupun perkahwinan itu tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Semasa mereka berkahwin, kepala Yingying ditutup dengan kain alas berwarna merah mengikut tradisi perkahwinan masyarakat Cina.
Yingying hanya mampu bercakap dan membaca beberapa patah perkataan bahasa cina. Zhen juga perlu mendukung isterinya yang seberat 30 kg itu ke sana ke mari dan dia bercadang untuk upgrade ‘pengantinnya’ agar boleh berjalan dengan betul dan membuat kerja rumah.
Zheng yang sebelum ini bekerja di Huawei, sebuah syarikat pengeluar telefon pintar, berhenti untuk memulakan syarikat yang berteraskan Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) dan mahu mereka cipta lebih ramai robot seperti Yingying untuk lelaki-lelaki yang kesunyian sepertinya.
Begitulah kisah pasangan ‘suami isteri’ yang tidak mengenal sempadan teknologi dan jasad. Persoalannya, bagaimana agaknya lelaki ini menyambung keturunan dengan robot tersebut? Puas Abang Jim dok fikir benda ni.
Baca artikel ini: 7 Perkara Yang Hanya Orang ‘Pendek’ Boleh Faham