Mesti bosankan bila kampus tutup, tak ada buat apa-apa. Nak kerja sementara pun, tak mungkin ada mana-mana tempat nak ambil pekerja partime dalam waktu-waktu macam ni.
Yer laa, nak keluar tak boleh gara-gara COVID-19. So dah alang-alang ada masa terluang tu, apa kata korang buat something new. Asah bakat korang tu, mana tahu satu hari nanti boleh jadi macam Daniele Barresi ni.
Abang Jim cukup kagum dengan keistimewaan yang dimiliki oleh seorang tukar ukir seni makanan dari Itali ni. Korang ada bakat special tak? Tak kisah laa apa-apa pun. Menyanyi ke, menari, berlakon, masak, mekap. Abang Jim pun ada bakat jugak iaitu makan. Abang Jim kalau makan tak pernah kenyang. Hahahaha!
Tak payah laa nak serius sangat. Begurau pun tak boleh.
Hasil tangan dia memang sangat wow! Halus jer nampak walaupun ukiran yang dia buat tu sangat rumit dan memerlukan kesabaran.
Baca juga artikel ini: Fesyen Apa Ni Weh?! Pakai Kostum Ketat Untuk Hilangkan Stress?
Pengukir muda itu, Daniele Barresi melalui karyanya telah menjadi tular baru-baru ini sebab orang ramai kagum dengan hasil yang dia pamerkan kan Instagram miliknya. Apa yang lebih mendapat perhatian ialah, Barresi telah menghasilkan karya ukiran itu dengan menggunakan buah avocado.
Guys! Buah avocado tu strukturnya sangat lembut yer. Tapi dengan bakat dan kesabaran Barresi, dia telah berjaya menghasilkan banyak karya ukiran buah avocado yang begitu mengkagumkan.
Baca juga artikel ini: Yang Aneh-Aneh Jer Peraturan Pelik Beberapa Negara Di Dunia
Tukang ukir makanan berusia 28 tahun tu cakap, dia mula berminat dengan bidang ukiran makanan sejak dia berusia tujuh tahun lalu. Wow! Abang Jim umur tujuh tahun sibuk main tingting.
Tapi masa dia kecik-kecik, dia tak start mengukir dengan buah avocado. Tapoi menggunakan sabun buku atau kabus untuk berlatih.
Korang tengok laa hasil kerja ukiran avocado yang dia buat ni. Memang betul-betul cantik.
Macam-macam corak yang dia hasilkan seperti geometri dan juga unsur alam sekitar. Perghh! Kenapa laaa Abang Jim tak dikurniakan bakat seperti itu.
Tapi tak apalah sebab kemahiran ni memerlukan latihan dan juga minat. Kalau bagi kat Abang Jim, mungkin avocado tu dah jadi macam lempeng abang kerjakan.