Apa antara pekerjaan yang korang rasa paling bosan giler kat dunia ni? Gosok gigi beruang? Kira bulu kambing? No! Salah. Kalau korang adik-adik Abang Jim nak tahu, kat Britain ada satu pekerjaan yang dianggap paling bosan, dan hanya ada sorang jer yang buat pekerjaan tu.
Pekerjaan tukang cari kepingan puzzle yang hilang. Yes! Seorang lelaki sanggup menghabiskan sisa hidupnya dengan menjadi sukarelawan bagi pekerjaan yang dianggap paling membosankan di Britain. Mungkin juga di dunia?
Lelaki tu nama dia Michael Barry sanggup memeriksa setiap kepingan puzzle yang hilang di setiap kedai barangan terpakai.

Dulu si Michael ni kerja sebagai kontraktor. Tapi lepas dah bersara dia bosan tak ada benda nak buat, so dia jadi sukarelawan untuk pastikan setiap puzzle yang didermakan kat kedai terpakai mencukupi.
Baca artikel ini: Mencuri Sebab Stress. Pemandu Trak Curi 5,800 Buah Tempat Duduk Basikal Sejak 25 Tahun Lalu

Setiap hari dia akan habiskan masa selama 7 jam untuk check setiap bekas puzzle supaya lengkap tanpa ada satu pun yang hilang. Pekerjaan sebagai pencari puzzle hilang ni dia dah buat sejak 2 tahun lalu dan telah berjaya mencari kira-kira 2,000 keping puzzle yang hilang.
Walaupun pekerjaan yang dia lakukan tu sangat membosankan, tapi dia berasa bangga apabila melihat pelanggan membeli puzzle tersebut dengan wajah yang girang.
Tempat dia bekerja tu adalah sebuah kedai yang mengumpul barang-barang terpakai untuk dijual. Dan hasilnya akan didermakan dekat rumah-rumah kebajikan sekitar bandar Somerset.
Michael berkata, dia tak kisah melakukan kerja tersebut sebab dia sendiri merupakan seorang peminat permainan puzzle sejak 40 tahun lalu.

Bahkan, minatnya terhadap puzzle semakin membuak selepas dia kematian isterinya sejak 10 tahun lalu. So untuk mengisi masa lapang dan melupakan kesedihan, Michael akan bermain puzzle.
Sebab dah terlalu minat, dia tak ada masalah untuk menyusun puzzle antara 100 keping sehingga 2,000 keping dalam masa yang singkat.
Kalau puzzle yang disemak itu didapati tidak lengkap, walaupun hanya hilang sekeping puzzle sahaja, dia akan membuang terus keseluruhan puzzle itu kerana dianggap tidak lengkap.
Sebab dia tidak akan membenarkan pelanggan kecewa jika dia menjual puzzle yang tidak lengkap dan menyebabkan dia akan dianggap sebagai penipu.

Memang hebat betul warga emas bernama Michael ni. Kalau korang sanggup tak nak hadap puzzle selama tujuh jam sehari semata-mata untuk pastikan setiap puzzle mempunyai kepingan puzzle yang lengkap?
Kerja macam ni sebenarnya memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Orang yang tak menyabar macam Abang Jim ni mungkin akan buat suku jalan jer, lepas tu babai! Hahahaha!
Baca artikel ini: Topeng Aneh Dan Menyeramkan Untuk Korang Yang Jenis Tak Kisah