Personaliti Berdasarkan Bentuk Tulisan Tangan

Siapa kat sini rasa tulisan tangan dia cantik? Kalau Abang Jim, fuh! Kecantikan tulisan tangan Abang Jim, sampai nak baca pun tak boleh. Hahaha! Korang yang mempunyai tulisan tangan yang cantik tu memang dikira berbakat. Walaupun cuma tulisan tangan, tapi tak semua orang mempunyai tulisan tangan yang cantik tau.

Untuk pengetahuan korang, menurut kajian yang telah dilakukan oleh National Pen Company di Amerika Syarikat, tulisan tangan korang tu boleh memberitahu lebih kurang 5,000 ciri-ciri personaliti korang tau.

Sekarang ini, cuba korang tulis apa-apa ayat dan bandingkan dengan ciri-ciri kat bawah ini.

1.   Saiz tulisan

Jika korang mempunyai saiz tulisan yang kecil, korang dilihat sebagai seorang yang pemalu dan teliti. Jika tulisan korang bersaiz besar, ini bermakna korang seorang yang peramah dan suka akan perhatian. Manakala untuk korang yang mempunyai saiz tulisan yang sederhana, korang merupakan seorang yang mudah untuk menyesuaikan diri di mana-mana tempat.

Baca artikel ini: Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres

2.   Jarak di antara perkataan

Jika tulisan korang mempunyai jarak yang besar di antara perkataan, korang dilihat sebagai seorang yang suka akan kebebasan dan tidak suka dikerumun.  Manakala tulisan tangan yang mempunyai jarak yang kecil di antara perkataan, ia menunjukkan bahawa korang tidak suka berseorangan.

3.   Arah kemiringan tulisan

Jika tulisan tangan korang condong ke kanan, korang merupakan seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru dan suka berkenalan dengan orang. Jika tulisan tangan korang condong ke kiri, korang dikatakan lebih suka menyimpan dan pemendam. Manakala tulisan tangan yang tidak bercondong ke mana-mana arah merupakan tulisan tangan seorang yang logical dan praktikal.

Jadi, adakah benar tulisan tangan melambangkan personaliti korang? Kalau korang yang ada tulisan tangan buruk sampai tak boleh nak baca tu, cepat-cepatlah tukar bagi senonoh sikit yer.

Baca artikel ini: Definisi Maskulin Pada Pandangan Mata Wanita

Read Previous

Alahai Pandainyer! Ibu Kucing Bawa Anaknya Ke Hospital Untuk Mendapatkan Rawatan

Read Next

Sebab Sukar Cari Jodoh Lelaki Ini Tekad Kahwini Robot

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eleven − five =