Alahai Pandainyer! Ibu Kucing Bawa Anaknya Ke Hospital Untuk Mendapatkan Rawatan

Baru-baru ini, Abang Jim ada tengok satu gambar yang diambil di hospital Istanbul tular di media sosial. Apa yang menarik perhatian Abang Jim, gambar tu menunjukkan seekor ibu kucing membawa anaknya yang sakit ke hospital.

Korang boleh bayangkan tak, perlakuan seekor ibu kucing menggonggong anaknya masuk kat dalam hospital untuk mendapatkan rawatan? Kejadian tu memang dianggap sangat ‘rare’ sehinggakan beberapa pakar kesihatan dilihat menggerumini anak beranak itu dan membelai mereka.

Dalam gambar yang dimuatnaik oleh seorang individu bernama Merve Özcan di Twitter itu, seekor anak kucing dibawa oleh ibunya ke bilik kecemasan pesakit manusia seolah-olah ingin meminta bantuan dari doktor untuk memeriksa anaknya yang tidak sihat.

Baca artikel ini: Fesyen Hari Raya Yang Pernah Trending Suatu Ketika Dahulu

Adegan luar biasa tersebut mencuri tumpuan netizen yang rata-ratanya cair melihat aksi haiwan itu yang menyerupai manusia.

Media Turki melaporkan bahawa pihak perubatan segera memberikan perhatian yang diperlukan dan memeriksa anak kucing itu untuk melihat jika dia mempunyai apa-apa masalah kesihatan yang jelas. Ibu kucing itu turut mengekori bayinya kerana tidak mahu membiarkan anaknya hilang dari pandangan.

Sementara bayinya diperiksa, kakitangan hospital juga melayan ibu kucing itu dengan memberinya susu dan makanan untuk membuatnya lebih tenang dan selesa. Fuhh! Rasa macam masuk hospital 1st class pulak yer.

Orang-orang Turki memang terkenal dengan sifat kasih sayang dan keprihatinan mereka terhadap haiwan terbiar. Rata-rata penduduk biasa meninggalkan makanan dan minuman di luar rumah dan tepi jalan untuk anjing dan kucing.

Selepas anak kucing  itu diperiksa oleh doktor, mereka diserahkan kepada doktor haiwan untuk ujian yang lebih menyeluruh. Perkongsian gambar-gambar tersebut membuat ramai terharu.

Ibu kucing pun sayangkan anak dia sampai bawa pergi hospital untuk dapatkan rawatan. Yerlah, mana ada ibu yang tak sayangkan anak. Yer tak? Nasib baik kucing tu tak bercakap minta tolong. Kalau tak lagi heboh. Hahaha!

Baca artikel ini: Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 2)

Read Previous

Rasa Tua Dah! 5 Iklan Raya Epik Yang Melekat Di Hati (Siri 2)

Read Next

Personaliti Berdasarkan Bentuk Tulisan Tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × 3 =