Diam tak diam kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi. Setiap tahun pasti ada iklan raya yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia termasuklah korangkan? Apa kata Abang Jim nak throwback sikit lima iklan raya paling diingati oleh rakyat Malaysia. Abang Jim yakin, korang yang sebaya dengan Abang Jim mesti masih ingat iklan-iklan yang menyentuh perasaan ini. Untuk korang yang baru-baru nak up tu, inilah antara iklan raya yang pernah mewarnai kaca tv masa Abang Jim muda remaja dulu tau.
1. Burung apa? Burung Murai (Petronas 2007)
Iklan Hari Raya Petronas 2007 ini memang betul-betul menyentuh perasaan lagi-lagi mengenangkan ayah yang ada kat kampung. Iklan ni juga paling banyak dibuat parodi, malah masih diingati oleh sehingga ke hari ini.
2. Ikan di laut asam di darat (Petronas 2003)
Siapa boleh lupa persahabatan antara Suparjo dan Raju dalam iklan ini suatu ketika dahulu? Dikatakan raya dan perayaan Deepavali disambut serentak semasa iklan ini dikeluarkan. Memang rare bila ada dua perayaan besar disambut bersama-sama.
3. Kisah 7 beradik (Petronas 2002)
Iklan ini dikatakan begitu mencuit hati penonton ketika tujuh beradik ini berusaha mencari daging untuk dijadikan juadah Hari Raya pada saat-saat akhir demi ibu tercinta. Paling rare ialah suasana kampung dalam iklan tu. Memang betul-betul kampung yang tak tahu kat mana letaknya.
4. Balik Kampung (TM 2008)
Iklan raya yang cukup mengharukan. Kalau jenis yang dah lama tak balik kampung jenguk mak ayah, eloklah tengok iklan ni. Memang berderai air mata. Baliklah ke kampung selagi orang tua masih bernafas.
5. Anak yatim pulang ke kampung (Bernas 2012)
Sedih! Kisah dua orang anak yatim yang begitu gigih mencari jalan untuk pulang ke kampung demi menziarahi pusara orang tua mereka. Pelbagai rintangan dihadapi semasa perjalanan pulang namun mereka berjaya sampai ke kampung pada pagi hari raya.
Iklan-iklan raya kat atas tu memang betul-betul menggamit memori Abang Jim. Tiba-tiba rasa diri ini dah tua dah. Agak-agak korang suka iklan yang mana? Nantikan siri 2 pulak yer.
Baca juga artikel ini:
Ikut Cara Ni Untuk Kurangkan Stres
Khasiat Tomato Yang Korang Tak Tahu