Serius Nak Berhenti Merokok? Ikut 5 Langkah Ini

Abang Jim ada beberapa orang kawan yang merokok. Diaorang cakap, memang susah nak berhenti daripada tabiat merokok ni kalau dah sampai tahap ketagihan. Macam yang korang tahu, merokok ni boleh menjejaskan kesihatan. Bulan puasa ni memang satu cabaran besar untuk kaki rokok. Tapi ada juga yang ambil kesempatan dan peluang sempena bulan mulia ni untuk berhenti merokok. Walaupun susah tapi kalau dah tekad tak mustahil. So kat sini Abang Jim nak kongsikan antara tip berhenti merokok semasa Ramadhan.

1.   Dimulakan dengan nawaitu (niat)

Sama seperti ibadat berpuasa, korang perlu memulakannya dengan niat pada malam hari. Begitulah juga halnya kalau korang ingin berhenti dari tabiat buruk ini. Berniatlah setiap malam untuk keesokan harinya. Perkara Ini sangat penting untuk korang memperkuatkan mental dan fizikal agar lebih bermotivasi. Tanamkan dalam hati bahawa korang bukan sahaja boleh menahan diri dari lapar dan dahaga malahan nafsu untuk merokok. Tiba waktu iftar dan sahur pula, jangan terus pergi merokok. Sebaliknya, ingat kembali nawaitu korang tu.

2.   Perlahan tapi konsisten

Memang betul sukar untuk perokok tegar terus berhenti secara mengejut. Jadi, jangan lakukannya secara drastik kerana ia boleh memberi kesan kepada tubuh badan korang akibat efek penarikan nikotin. Ada orang sampai demam sebab berhenti merokok secara mengejut. Jadi, sila lakukannya dengan perlahan tetapi konsisten. Sebagai contoh, korang mungkin boleh mengehadkan satu kotak rokok untuk satu minggu sahaja. Catu mengikut hari dan cuba mendisiplinkan diri. Jika berjaya, kurangkan lagi amaun tersebut mengikut peredaran masa. Mungkin satu kotak rokok untuk 2 minggu, 3 minggu atau sebulan? Mungkin disebabkan disiplin yang tinggi, korang dapat menyambut Syawal sebagai individu yang bebas dari rokok.

3.   Elak dari perkara yang membuat anda ingin merokok

Ada beberapa perkara yang boleh buat keinginan merokok itu datang. Antaranya adalah pengambilan air bergas, berkafein atau beralkohol. Maka berhentilah dari mengambilnya bersempena bulan mulia ini. Dalam pada itu, cuba ambil snek yang lebih sihat seperti buah atau jus yang sudah tentu lebih sihat. Gula-gula getah juga adalah alternatif terbaik untuk mengalihkan perhatian untuk merokok terutamanya selepas makan. Jika ingin lebih tekad, korang mungkin boleh sorokkan rokok dan pemetik api dari jangkauan mata serta tangan korang. Cara ini semestinya akan membuat korang teringat kembali nawaitu yang sudah dipasang sebelum ini.

Baca artikel ini: Impikan Janji Temu Sempurna? Ikut 5 Cara Ini

4.   Bertangguh dalam usaha berhenti merokok

Cuba tanamkan dalam hati korang setiap kali hendak merokok, tangguh selama 5 minit. Jika berjaya, ulangilah ia beberapa kali sehinggalah keinginan korang itu hilang dengan sendirinya. 5 minit itu mungkin kelihatan seperti waktu yang singkat dan tidak bermakna, namun bayangkan jika ia didarab beberapa kali? Lama-kelamaan, usaha korang untuk berhenti dari tabiat buruk ini pasti berjaya!

5.   Kekal aktif di bulan Ramadhan

Siapa kata Ramadhan adalah bulan untuk korang bermalas-malasan dan tidur sahaja sepanjang hari? Korang silap. Korang boleh jer kekal aktif dengan melakukan pelbagai aktiviti untuk isi masa lapang. Dengan aktiviti sihat, anda sudah pasti dapat mengisi masa lapang pada waktu siang atau malam hari. Lama-kelamaan, kehidupan sihat yang korang jalani ini akan buat korang sedar bahawa tabiat merokok itu adalah sia-sia dan boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan anda.

Jadi, pucuk pangkal semuanya bermula dari diri korang juga. Kalau korang betul-betul nak berhenti merokok, kenalah disiplin dan usaha lebih sikit.

Baca artikel ini: Kenapa Ada Yang Takut Dengan Komitmen Cinta?

Read Previous

5 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Paling Mahal

Read Next

8 Cerita Menarik Tentang Misai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

six + three =