Evolusi trend fesyen ikut peredaran zaman

Setiap zaman yang beredar pasti ada juga beberapa perkara yang akan berubah termasuk fesyen. Selalunya gaya fesyen akan berubah mengikut cita rasa selebriti yang popular pada zaman tersebut. Kat Malaysia tak terkecuali beb. Macam-macam trend dah pernah melanda dan menjadi fenomena dalam kalangan remaja kat Malaysia. Bermula dari zaman Pop Yeh! Yeh! masa zaman mak ayah kita sekitar tahun 60-an sampai laa trend dakdak wecet harinie. So harinie min nak kupas sikit evolusi trend dan style yang pernah menjadi kegilaan para remaja bermula pada era 80-an hingga kini. Muah ciked!

Rock

Zaman nie melanda negara sekitar tahun 80-an apabila anak-anak muda berlumba-lumba nak pamerkan imej ganas dengan ciri-ciri seorang Rockers. Masa nie dikenali sebagai zaman Rock Kapak. Imej pemuda pada masa tue akan menyimpan rambut Panjang dan serabai. Paling wajib, zaman Rock Kapak nie masing-masing akan memakain seluar skinny jeans yang giler punya ketat dengan kasut high cut. Antara kumpulan muzik yang menjadi idola remaja masa nie adalah seperti Search, Wings, Lefthanded dan macam-macam lagi kumpulan Rock. Kalau min lahir kat zaman nie maybe min pun serupa macam diaorang kot. Ahakz!

Boy Band

Kemudian beralih pulak trend masa zaman 90-an. Waktu nie muncul kumpulan-kumpulan boyband. Antara yang popular adalah KRU, NICO, 4U2C. Kalau luar negara pulak ada kumpulan Back Street Boys, n’sync, Westlife dan Boyz II Men. Time nie masing-masing beralih pada muzik RnB. Pada penghujung tahun 90-an nak masuk ke zaman Millenium baru laa muncul kumpulan kegilaan kanak-kanak Malaysia macam New Boyz, Boboi dan Qfaces.

HipHop/Skinhead/Grunge/Punk

Ok, tak lama lepas tue muncul pulak trend Hip Hop. Masa nie golongan remaja memang ikut trend luiar negara pakai sweater, baju tebal, seluah besar sampai nak terlondeh. Zaman nie mereka mengidolakan kumpulan Hip Hop terkenal Malaysia, Too-Phat. Masa zaman Hip Hop nie jugak muncul tarian Breakdance. Alaaaa yang pusing-pusing guna kepala tue. Zaman yang sama jugak muncul beberapa kumpulan yang membawa imej tersendiri seperti Skinhead, Punk dan Grunge. Dulu group-group nie pantang bertembung memang bercakaran sebab tak sehaluan.wkwkwkwkw..

Emo/Gothic

Masa zaman nie, min kat sekolah menengah lagi. Ada laa jugak dua tiga orang member terpengaruh dengan imej nie. Imej Emo atau Gothic nie agak menyeramkan jugak. Imej Emo atau Gothic nie memang tak boleh lari dengan pakai celak kat mata. Rambut pulak memang stylo ala-ala Adam Lambert. Masa nie antara kumpulan yang popular ialah My Chemical Romance. Dressup pulak from head to toe warna hitam.

Indie

Kemudian muncul pulak trend muzik underground atau Indie. Masa nie aliran fesyen tue takde laa over sangat. Tapi masih ada imej dan style tersendiri. Zaman nie masing-masing nak ikut gaya rambut macam Noh Hujan. 

Raver/K-Pop/TikTok

So sekarang trend sekali lagi beredar. Kita yang dah kertu nie tengok jer laa.. Nak komen lebih-lebih, kita dulu pun ada ikut trend jugak. Paling menarik apabila ada kelompok yang terikut dengan gaya artis Korea atau K-Pop daripada gaya rambut sampai pakaian. Hiksss..Tahun 2020 nie tak tahu laaa nanti ada trend apa pulak. Tak kisahlah apa jer trend yang korang nak ikut. Asalkan korang jaga diri, jaga kesihatan dan jangan buat yang bukan-bukan okey.

Read Previous

Percutian ala mahasiswa

Read Next

Berbakat! Pelajar Jepun cipta pakaian daripada ‘getah tempe’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × four =