Sudah banyak temu duga yang korang pergi namun tiada satu yang menelefon kembali untuk menawarkan pekerjaan kepada korang? Benda tu normal dah selalu berlaku kat ramai orang, termasuklah Abang Jim sendiri. Itu dulu laa. Temu duga berjalan dengan lancar dan korang merasakan korang layak dengan jawatan yang dipohon. Tetapi mengapa masih tidak mendapat pekerjaan? Mesti ada yang tak kena. Jom Abang Jim kongsikan sikit kenapa benda macam tu terjadi.
1. Akaun Laman Sosial Membosankan
Seseorang tidak dapat menilai sikap korang dengan hanya berjumpa dan berbicara dengan korang ketika temu duga dijalankan. Sebab temu duga berjalan tak lama mana pun. Penyelesaiannya, mereka akan menyiasat dengan menggunakan laman sosial. Mungkin korang akan mengatakan ia tidak profesional, namun cara ini telah digunakan secara meluas di Amerika Syarikat. Sekiranya korang kerap meluahkan rasa marah di laman sosial, bersikap negatif terhadap seseorang atau mungkin kerap memulakan pergaduhan di laman sosial, korang bukanlah pilihan utama majikan.
2. Guna Orang Dalam
Memang ada yer yang menggunakan pengaruh orang dalam, mungkin dalam kalangan keluarga dan kawan rapat untuk mendapatkan pekerjaan. Tapi jangan terkejut kalau korang masih tak dapat kerja walaupun telah menggunakan orang dalam. Menurut soal selidik yang dijalankan oleh Michigan State University, 32 peratus daripada syarikat-syarikat besar tidak akan menerima resume yang dihantar oleh orang dalam. Ada juga syarikat di Malaysia yang tidak menerima pasangan suami isteri atau anak beranak untuk kerja di bawah satu bumbung.
Baca artikel ini: Tak Jemu ke makan kentang goreng selama 32 tahun?
3. Terlalu Menjual Diri
Sememangnya korang digalakkan untuk menjual diri ketika temu duga, tetapi sekiranya korang melebih-lebih, ia akan dianggap seperti korang berlagak pula. Di dalam resume, sekiranya korang menulis sesuatu kemahiran seperti aplikasi grafik yang korang mahir, sekiranya korang hanya tahu rotate gambar menggunakan aplikasi berkenaan, korang sebenarnya masih belum mahir di dalam aplikasi tersebut. Jadi tidak perlulah nak menyenaraikannya di dalam senarai kemahiran anda.
4. Tidak Bersedia
Sebelum korang menghadiri temu duga, buat sedikit persediaan awal dari semua segi. Dari segi penampilan, pilih pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan pekerjaan yang dimohon. Sekiranya korang menghadiri temu duga untuk menjadi seorang pegawai bank, janganlah mengenakan skirt yang terlalu pendek bagi wanita. Pastikan pakaian anda tidak berkedut kerana ia akan menggambarkan anda seorang yang pemalas. Kurangkan aksesori dan ikat rambut dengan kemas. Sediakan salinan resume dan dokumen penting untuk diserahkan kepada mereka yang menemu duga korang. Ini menunjukkan yang korang seorang yang teratur dan sentiasa bersedia. Sekiranya tidak berjaya di dalam temu duga, mungkin korang tidak mengkaji latar belakang syarikat tersebut contoh seperti persaingan.
Rezeki masing-masing. Mungkin ada yang cepat dan ada yang lambat. Lepas dah baca artikel Abang Jim ni, harap korang yang masih tercari-cari kerja tu dapat buat yang terbaik dan dapat bekerja dalam bidang yang korang inginkan nanti ok.
Baca artikel ini: Tahniah anda dah dewasa! 7 tanda menunjukkan anda semakin matang