Berbakat! Pelajar Jepun cipta pakaian daripada ‘getah tempe’

Seni boleh diekspresikan dalam bentuk cara sama ada nyanyian, tarian, lukisan, ukiran arca dan juga fesyen. Pelbagai idea dapat dipersembahkan mengikut daya kreativiti seseorang mengikut kehendak mereka.

Dalam berfesyen misalnya, material yang digunakan untuk menghasilkan sehelai pakaian tidak semestinya diperbuat daripada kain. Banyak lagi bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk mencipta suatu kelainan dalam berfesyen.

Salah satu contoh seperti pendekatan yang dibuat oleh seorang pelajar dari Jepun ini, Rie Sakamoto yang telah Berjaya mencipta sebuah rekaan fesyen menarik dengan menggunakan gelang getah. Alaaa orang Malaysia panggil getah tempe tue!

Rie Sakamoto merupakan seorang pelajar lepasan Universiti Tama Art di Tokyo dalam jurusan Seni. Pakaian yang dihasilkan berupa gaun itu merupakan projek kajian tahun akhir di universiti. Memang hasil karya gaun getah yang direka oleh Sakamoto begitu menggagumkan. Biasanya orang guna gelang getah tue untuk ikat nasi bungkus, tapi ternyata pelajar seni fesyen itu berjaya mengangkat ‘martabat’ gelang getah ke peringkat yang lebih tinggi.

Selain menghasilkan gaun, Sakamoto turut menghasilkan beberapa rekaan lain yang turut menggunakan gelang getah seperti jaket bolero dan juga pakaian tradisional negara Filipina, Terno. yang kelihatan begitu unik. Memang berseni sungguh hasil tangan gadis ini.

Untuk menghasilkan rekaan tersebut, Sakamoto telah menggunakan sehingga beribu-ribu gelang getah. Sekali pandang, rata-rata pemerhati mengandaikan gadis itu menggunakan benang bulu biri-biri untuk menghasilkan baju-baju tersebut. 

Untuk mencantumkan setiap gelang itu, Sakamoto menggunakan kaedah seperti mengait. Rekaan-rekaan Sakamoto yang telah dipamerkan di Pameran Graduan Senior di Tokyo baru-baru itu telah mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Memang berbakat betul pereka muda dari Jepun nie. Tapi min pun turut berbangga jugak dengan bakat anak-anak Malaysia. Baru-baru nie min ada usyar Insta story seorang selebriti terkenal tanah air yang dijemput untuk menghadiri pertunjukkan fesyen oleh pelajar jurusan Seni Fesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM). 

Walaupun min tak berada di situ, tapi min nampak banyak rekaan-rekaan menarik Berjay ditonjolkan oleh pelajar Degree jurusan Seni Fesyen UiTM tue. Harapan min supaya Malaysia akan terus menghasilkan generasi muda yang berbakat sekaligus dapat mengharumkan nama negara.

Read Previous

Evolusi trend fesyen ikut peredaran zaman

Read Next

Tak dapat terbang. Burung hantu obese kena berdiet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − five =