Tak Jemu ke makan kentang goreng selama 32 tahun?

Apa makanan feberet korang? Kalau korang makan benda yang sama hari-hari walaupun itu makanan kegemaran korang, agak-agak korang bosan tak?

Ada sorang kawan min ni orang panggil dia Ayam sebab dia suka sangat makan ayam goreng. Bagi jer laa apa-apa yang berkaitan dengan ayam goreng, dia tak pernah jemu! Kalau min mau termuntah kalau hari-hari melantak ayam.

Sama macam kisah seorang lelaki dari Belgium ni apabila dia hanya memakan kentang goreng sahaja bukan sejak seminggu lalu, tapi sejak 32 tahun lalu!

Selama 32 tahun, lelaki itu, Rudy Gybels yang kini berusia 45 tahun hanya memakan kentang goreng sebagai menu makan malam.

Macam mana laa ek tiap-tiap hari makan kentang goreng selama 32 tahun? Gybels yang berasal dari Schaffen mula mengamalkan pemakanan kentang goreng sejak berusia 13 tahun selepas ibunya buntu ekoran dia tidak mahu memakanan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

So sebagai alternatif, ibunya telah menyediakan hidangan kentang goreng sebagai jalan penyelesaian bagi menggantikan buah dan sayur-sayuran.

Tapi dia hanya makan kentang goreng untuk makan malam sahaja. Pada waktu siang, Gybels akan makan makanan berkhasiat dan bebas menikmati makanan kegemarannya iaitu kentang goreng pada waktu malam.

Min kalau malam tak dapat nasi kandar kuah banjir memang boleh murung. Kentang goreng tu sekali sekala boleh laa. Perut Melayu dengan Omputeh tak sama lol.

Selepas lebih 3 dekad mengamalkan diet pemakanan kentang goreng, Gybels mendakwa dia jarang jatuh sakit. 

Sejak berusia 13 tahun, dia hanya mengalami selesema biasa sahaja dan menganggarkan telah memakan sehingga 11,680 bungkus kentang goreng sepanjang hidupnya.

Kalau orang lain, mungkin akan berasa menggeletar dan tidak sihat badan kalau tak dapat menikmati kopi atau menghisap rokok pada setiap hari. 

Tapi kalau Gybels, dia hanya memerlukan sebungkus hidangan kentang goreng kerana telah berasa ketagih untuk menikmatinya.

Walaupun telah menikmati makanan ringan berupa kentang goreng selama bertahun-tahun, Gybels tidak mengalami sebarang masalah kesihatan, malah dia juga mempunyai berat badan ideal iaitu 70 kilogram.

Tapi, walaupun dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan, Gybels mengakui dia tetap berasa bimbang kerana sehingga kini, dia langsung tidak pernah melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui status kesihatannya.

Tapi tetap! Dia memegang pada kata-kata ‘makan apa sahaja kerana hidup Cuma singkat’. So selagi dia tak berasa jemu untuk makan kentang goreng, sampai bila-bila pun dia tetap akan menikmatinya.

Gybels yang juga merupakan salah seorang admin bagi kumpulan Facebook bernama Flanders, iaitu satu kumpulan yang akan berkongsi dan membincangkan tentang isu masalah pemakanan, telah mempunyai sehingga 44,000 orang ahli.

Walaupun Gybels mendakwa dirinya sihat, tetapi terdapat beberapa pakar pemakanan telah menyuarakan kebimbangan kerana tabiat pemakanannya tetap dikategorikan tidak sihat dan seimbang.

Contoh macam kita mendakwa seorang atuk kelihatan masih sihat dan tidak mempunyai kanser walaupun dia mempunyai tabiat merokok. Tapi pada hakikatnya, merokok tetap tidak menyihatkan dan boleh menjejaskan kesihatan sama seperti tabiat pemakanan.

So untuk korang semua, kalau boleh jangan laaa amalkan pemakanan seperti Gybels ni ok sebab dan terang-terang ia tidak seimbang dan menyihatkan.

Mungkin sekarang dia nampak sihat, tapi siapa tahu esok lusa macam-macam penyakit dapat. Jaga kesihatan, jaga pemakanan ok sayang-sayang semua!

Read Previous

Comelnya Awak! 10 Baka Kucing Paling Menawan Di Dunia

Read Next

Memang Rare! 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 14 =