Matang secara emosi merupakan satu keadaan dimana seseorang itu telah mencapai tahap kedewasaan terutamanya daripada segi pemikiran dan tingkahlaku. Seseorang yang memiliki kematangan dalam berfikir akan dapat mengawal diri dengan baik dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa melibatkan emosi. Di sini min nak senaraikan 7 tanda yang menunjukkan korang telah matang dan menjadi sepenuhnya dewasa.
- Pandai mengawal emosi dihadapan orang lain
Ciri pertama yang menunjukkan bahawa korang telah dewasa adalah apabila korang masih mampu untuk bertenang dan tidak mudah terikut dengan emosi walaupun dalam keadaan bermasalah dan tertanggu. Korang mampu untuk mengawal perasaan dan tahu pada situasi mana korang perlu bertindak supaya tidak memburukkan keadaan.
- Menerima dan menghormati perbezaan pendapat orang lain
Korang juga sedia untuk menghormati segala berbezaan pendapat dan tidak terlalu memaksa orang lain untuk bersetuju dengan pendapat korang semata-mata. Korang sedar dan tahu bahawa perbezaan pendapat adalah perkara normal dan ia datang daripada individu yang berbeza. Korang akan berfikir untuk merendahkan ego masing-masing demi menjaga hubungan.
- Tidak rasa tertanggu dengan komen negatif
Korang langsung tidak rasa terganggu dengan segala komen-komen negatif yang diberikan. Semakin matang emosi korang, korang akan mudah dan bijak untuk menangani segala masalah. Bahkan, korang akan menganggap ia Cuma masalah kecil sahaja
- Berani bertanggungjawab
Seseorang yang matang dalam berfikir akan menjadi seseorang yang lebih bertanggungjawab dan tidak akan lari daripada masalah. Korang akan berusaha untuk menyelesaikan masalah tanpa melibatkan atau membebankan orang lain.
- Menerima keadaan diri sendiri
Korang akan menerima keadaan diri sendiri seadanya dan tidak lagi akan membandingkan hidup korang dengan orang lain. Korang mula percaya bahawa setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Tapi korangh tetap akan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
- Tidak suka mengeluh
Orang yang matang tidak akan menghabiskan waktu mereka dengan hanya mengeluh dah meratapi sesuatu masalah tanpa berusaha untuk mencari jalan penyelesaian daripada masalahnya. Korang akan berfikir lebih realistic tentang kehidupan dan faham tiada kehidupan yang hidup tanpa ada sebarang masalah.
- Berfikir sebelum bertindak
Seseorang yang mata akan berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Mereka juga tahu apa tindakan sewajarnya yang perlu diambil dan berusaha untuk menyelesaikannya dengan sebaik mungkin.
So guys, itulah antara 7 tanda yang menunjukkan korang telah matang dan dewasa sepenuhnya daripada segi emosi. Sekarang ni korang rasa diri korang matang ke tak?