Muka Berjerawat Kerana Sedang Dilamun Cinta. Boleh Percaya Ke?

Ada terlalu banyak mitos berkaitan jatuh cinta yang mungkin pernah korang dengar. Salah satu mitos yang Abang Jim tak boleh blah ialah, jerawat akan muncul kalau seseorang itu sedang bercinta. So kalau pantang ada sebiji dua jerawat kat muka, mulalah mak cik-mak cik bawang dok membawang cakap tengah bercinta letteww.

Mungkin boleh jadi. Selain daripada perasaan yang bercampur-baur, tubuh juga mengalami banyak perubahan ketika kita sedang jatuh cinta. Salah satunya adalah perubahan hormon. 

Berdasarkan kajian dalam jurnal Psychoneuroendocrinology, kadar hormon kortisol dalam tubuh individu yang baru sahaja jatuh cinta cenderung untuk berada pada tahap yang lebih tinggi berbanding mereka yang tidak bercinta.

Kortisol ialah hormon yang bertanggungjawab menyebabkan reaksi stres pada seseorang. So kalau ada peningkatan hormon kortisol, maka ia adalah petunjuk bahawa tubuh badan korang sedang berada dalam keadaan stres yang tidak disedari.

Baca artikel ini: Amalkan 8 Makanan Ini Kalau Nak Kulit Mulus Dan Awet Muda

Tapi, stres yang dialami semasa korang sedang jatuh cinta tidak akan berlaku dalam tempoh yang lama. Stres ini mungkin bersifat ringan dan berlaku dalam tempoh yang singkat, tidak akan menyebabkan keradangan pada kulit.

So selepas ini, korang tidak lagi perlu percaya jika ada yang mengatakan bahawa jatuh cinta jadi punca jerawat.

Sebenarnya, bukan jatuh cinta yang menjadi punca jerawat dalam kalangan remaja. Ia adalah disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh yang dialami oleh remaja sewaktu zaman akil baligh mereka.

Akil baligh adalah fasa di mana perubahan hormon sedang berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil untuk menyediakan mereka menjadi seorang dewasa.

Pada waktu ini, jerawat sememangnya akan tumbuh dengan subur tanpa mengira korang sedang jatuh cinta atau tidak. 

Selain daripada akil baligh, terdapat juga beberapa perkara lain yang boleh menjadi punca jerawat. Antaranya:

  • Liang-liang yang tersumbat
  • Jangkitan bakteria
  • Terlalu banyak mengambil gula dan karbohidrat dalam pemakanan harian
  • Sejarah keluarga yang mempunyai jerawat / genetik
  • Tahap testosteron yang terlalu tinggi
  • Malas untuk sentiasa membersihkan wajah

Jatuh cinta tidak termasuk dalam senarai berikut. Oleh itu, janganlah terlalu risau atau percaya dengan mitos bahawa jatuh cinta boleh jadi punca jerawat. Korang nak jatuh bangun cinta 100 kali pun, ia langsung tidak ada kena mengena dengan kemunculan jerawat!

Baca artikel ini: 5 Kartun kanak-kanak popular di dunia sepanjang zaman

Read Previous

Tip Moreh Sihat Semasa Ramadhan

Read Next

Wow! 5 Buku Paling Mahal Yang Pernah Dijual

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 − three =