Siapa yang tidak mahu cantik dan awet muda sentiasa biarpun sudah meningkat usia. Tak kisahlah sama ada seseorang itu lelaki ke perempuan, masing-masing nak kelihatan menarik walaupun usia semakin meningkat. Abang Jim sendiri yang dah mencecah usia awal 30an ni dah mula menitikberatkan soal penjagaan kulit sebab tak nak nampak tua sebelum usia. Jadi, mulai sekarang seeloknya korang amalkan pengambilan jenis makanan ini untuk hindari masalah kulit berjerawat, kulit kusam, kulit kering dan banyak lagi.
1. Biji labu
Biji labu mempunyai penawar untuk menghilangkan bintik cela kerana ia kaya dengan kandungan zink. Kajian mendapati orang yang mengalami masalah jerawat cenderung mengalami masalah kekurangan zink. Jadi, apa kata korang mula memakan biji labu setiap hari sebanyak satu ke dua sudu.
2. Kacang buncis
Sayur ini mempunyai kandungan silikon. Kajian yang dijalankan mendapati pengambilan kacang buncis secara konsisten sebagai makanan tambahan atau suplemen boleh mengatasi masalah rambut gugur! Bukan itu jer tau, kacang buncis juga membuatkan rambut korang kelihatan lebat dan kuat hanya dalam masa sembilan bulan.
3. Daun pegaga
Daun pegaga kaya dengan antioksidan yang mampu mengurangkan masalah rengsa dan saiz pori yang besar. Daun pegaga juga boleh menyalurkan zat besi yang sekaligus membantu membuatkan kulit wajah lebih berseri-seri. Selain dimakan mentah sebagai ulam, korang juga boleh kisat daun pegaga ni untuk dijadikan jus.
Baca artikel ini: Bosan Ke Dok Umah? Cer Try Belajar Buat Ukiran Halus Indah Pada Buah Avocado
4. Flaxseed
Flaxseed merupakan senjata utama untuk mengatasi masalah kulit mengelupas. Ia diperkaya dengan kandungan asid lemak Omega-3 yang membantu dalam menghidratkan kulit.
5. Telur
Ada kajian oleh pakar mendapati telur sebenarnya baik untuk kesihatan kuku. Caranya ialah dengan menyapu telur mentah pada kuku dan dibiarkan sehingga kering. Telur yang kaya dengan biotin terbukti mampu menjadikan kulit lebih kuat dan sihat.
6. Epal
Pengambilan sebiji buah epal setiap hari juga mampu mengelakkan diri korang daripada masalah gigi. Ia dikatakan mampu menanggalkan kesan kotoran pada gigi yang berpunca dari pengambilan kopi dan teh.
7. Bayam
Lutein yang terkandung di dalam sayur bayam mempunyai khasiat untuk melindungi mata dan membuatkan mata korang sentiasa kelihatan bersinar.
8. Kiwi
Jika korang ingin tampak sentiasa muda, amalkan pengambilan buah kiwi kerana ia kaya dengan vitamin C. Kiwi boleh melambatkan proses penuaan dan sekaligus merangsang penghasilan kolagen yang memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal.
Nak kekal muda dan cantik ni tak susah pun. Cuma korang kena ada usaha dan disiplin yang keras sikit. Sebab tu orang cakap ‘beauty is pain’. Hahah!
Baca artikel ini: Baru Laa Handsome. Cara Penjagaan Lelaki Berambut Panjang