Korang yang membesar sekitar tahun 80an hingga 90an mesti masih mengingati beberapa watak kartun popular yang menjadi kegilaan korang suatu ketika dahulu.
Kalau dulu waktu hujung minggu, pagi-pagi lagi wajib berada di depan televisyen sebab banyak sangat rancangan kartun yang ditayangkan. Antara yang Abang Jim ingat lagi ada Kelab Disney Malaysia, KFC Hours, Kids@7, Dragon Ball dan banyak lagi.

Kali ni Abang Jim nak bawa korang mengimbas kembali kenangan bersama kartun kanak-kanak popular didunia!
1. Mickey Mouse

Siapa yang tidak ingat watak kartun tikus yang hanya memakai seluar sahaja. Kartun yang dihasilkan oleh Walt Disney ini pertama kali ditayangkan pada tahun 1928 dan sehingga kini peminat-peminatnya masih ramai di seluruh pelusuk dunia. Wataknya yang kelam-kabut sering menjadi hiburan para penonton. Apa yang menariknya mengenai watak Mickey Mouse ini ialah ia merupakan satu-satunya watak kartun yang tersenarai dalam Hollywood Walk of Fame.
2. The Simpsons

Kartun ini memaparkan nilai-nilai kekeluargaan yang diketuai oleh ayahnya Homer Simpson. Wataknya yang malang dan sering terperangkap dalam masalah menjadi gelak ketawa para penonton. Kartun ini pertama kali ditayangkan pada tahun 1987 dan pernah mencetuskan kontroversi di Amerika di mana watak anaknya, Bart menunjukkan contoh yang tidak baik kepada penonton kanak-kanak.
Baca artikel ini: Memang Rare! 10 Komik Paling Mahal Di Dunia
3. Looney Tunes

Watak kartun popular, Bugs Bunny dilahirkan menerusi rancangan kartun Looney Tunes. Rancangan kartun komedi pendek ini sering dinantikan para penonton kerana kenakalan Bugs Bunny, dan kawan-kawannya Daffy Duck, Porky Pig, Elmer Fudd, Sylvester, Tweety, Wile E, Coyote dan The Road Runner. Rancangan ini pertama kali ditayangkan oleh Warner Bros pada tahun 1930. Kartun ini menjadi fenomena seluruh dunia sehinggakan adanya permainan video, komik, lagu, dan filem untuk Looney Tunes.
4. Road Runner

Ingat lagi bunyi “Beep, Beep” dari The Road Runner? Kartun ini menjadi kegemaran kanak-kanak kerana watak The Road Runner yang bijak mengenakan semula Coyote. Walaupun Coyote sering menggunakan alatan yang canggih dan kejam untuk menangkap The Road Runner, tetapi alatan itu pula yang mengenakannya semula.
5. Tom & Jerry

Siri ini merupakan rancangan kartun yang paling banyak ditonton di televisyen dan merupakan antara rancangan kartun yang paling berpengaruh. Kartun ini memaparkan aksi nakal Tom iaitu seekor kucing dan Jerry seekor tikus yang sering bergaduh dan diakhiri dengan aksi kejar-mengejar. Pasti semua ingat lagi watak Jerry yang kuat makan dan suka mencuri makanan Tom.
Tiba-tiba terkenang balik waktu Abang Jim kecil-kecil dulu. Seronokkan jadi kanak-kanak. Tengok kartun pun dah rasa terhibur sangat. Tapi dah minat tengok kartun tu memang membawa sampai ke besar. Apa salahnya?
Baca artikel ini: Evolusi trend fesyen ikut peredaran zaman