Comel Tapi Lincah! Baka Kucing Paling Kecil Di Dunia

Kucing memang haiwan yang sangat lucu dan menghiburkan! Tidak kira dari baka apa sekali pun ia tetap nampak comel! Abang Jim memang jadi geram kalau tengok kucing rasa nak picit-picit jer.

Selain comel, ia juga setia dan memiliki personaliti yang tersendiri. Sebab itulah kucing sering menjadi pilihan untuk dipelihara.

Dalam banyak-banyak jenis kucing, ‘rusty-spotted cat’ atau lebih dikenali dengan kucing yang paling kecil di dunia ini mungkin antara yang paling licik.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh BBC, kucing ini kelihatan seperti anak kucing kerana saiz fizikalnya yang kecil biarpun sudah capai usia dewasa.

Baca artikel ini: Sayangkan Kucing? Berhenti Beri 5 Makanan Ini Pada Kucing

Saiznya hanya sebesar tapak tangan orang dewasa dan sangat bijak menyamar. Ia tinggal di dalam hutan dan tidak hidup secara berkumpulan.

Bukan sahaja saiznya yang kecil, malah matanya juga dikatakan berkebolehan 6 kali lebih hebat dari mata manusia membolehkannya melindungi diri dan memburu.

Habitatnya yang tinggal di hutan, kucing spesis ini juga dikatakan boleh dijumpai di Sri Lanka atau India. Malangnya spesis ini berada dalam senarai haiwan terancam.

Korang boleh tengok video tentang kucing paling kecil di dunia ni kat bawah.

Baca artikel ini: Comelnyer! Wanita Jadi Ibu Pada Seekor Itik

Read Previous

5 Kartun kanak-kanak popular di dunia sepanjang zaman

Read Next

10 Kucing Paling Terkenal Yang Mempunyai Jutaan Pengikut Instagram Di Seluruh Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − 14 =