10 Kucing Paling Terkenal Yang Mempunyai Jutaan Pengikut Instagram Di Seluruh Dunia

Kalau korang minat kucing, mesti korang banyak menghabiskan masa untuk melihat aksi lincah haiwan-haiwan kesayangan korang di laman media sosial. Dengan gelagat yang comel dan lucu sedikit sebanyak dapat menceriakan mood. Ada kucing diibaratkan macam selebriti tau dan mempunyai pengikut yang sangat ramai di Instagram. Abang Jim yang comel ni pun tak sepopular kucing-kucing ni. Jom kita tengok siapa 10 kucing yang popular itu.

1.   Grumpy Cat

Kucing ini mula terkenal ketika muka muramnya menjadi tular di Reddit pada tahun 2012. Grumpy mempunyai 2.4 juta pengikut di akaun Instagram miliknya.

2.   Nala Cat

Kucing yang mempunyai baka jenis Siam dan Tabby ini mula dikenali di Instagram sejak 2012. Jumlah pengikut Nala kini sudah mencecah 3.5 juta.

3.   Lil Bub

Lil Bub dikenali dengan mata besar dan lidah yang selalu terjulur. Kucing ini pernah membintangi filem Nine Lives. Kini Lil Bub mempunyai pengikut di Instagram sebanyak 1.7 juta.

4.   Choupette

Siapa tidak kenal kucing yang satu ini. Ia adalah kucing peliharaan seorang jurugambar di Paris, iaitu mendiang Karl Lagerfeld. Kucing ini memiliki pelayan, tukang masak serta bodyguard sendiri.

Baca artikel ini: 5 Kartun kanak-kanak popular di dunia sepanjang zaman

5.   Venus

Venus merupakan kucing jenis American tortoiseshell cat yang sangat unik kerana memiliki bulu separuh jingga dan separuh hitam pada wajahnya. Kucing ini pernah keluar di YouTube dan telah ditonton berjuta pengguna laman sosial.

6.   Smoothie the Cat

Kucing yang mempunyai baka British Longhair ini menjadi terkenal kerana memiliki rupa yang fotogenik. Smoothie juga kelihatan tidak kekok apabila berhadapan dengan kamera.

7.   Maru Cat

Kucing yang mempunyai baka Scottish Fold ini tinggal di Jepun. Ia menjadi terkenal di seluruh dunia setelah beberapa videonya tersebar luas di media sosial.

8.   Shironeko

Shironeko membawa maksud kucing putih dalam bahasa Jepun. Ia terkenal dengan sifat suka tersenyum ketika tidur.

9.   Garfi

Garfi mendapat jolokan World’s Angriest Cat. Wajah kucing persia yang tinggal di Turki ini memang kelihatan sangat garang.

10. Sam

Kucing yang tinggal New York ini mempunyai bentuk bulu kening yang menarik. Sehingga kini, Sam memiliki 244,000 pengikut di Instagram.

Baca artikel ini: Comel Tapi Lincah! Baka Kucing Paling Kecil Di Dunia

Read Previous

Comel Tapi Lincah! Baka Kucing Paling Kecil Di Dunia

Read Next

5 Pemain Bola Sepak Antarabangsa Paling Mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 11 =