Comelnyer! Wanita Jadi Ibu Pada Seekor Itik

Membela haiwan peliharaan macam kucing atau anjing tu dah biasa sangat. Tapi bukan bagi seorang wanita ni yang telah membela seekor itik seperti anaknya sendiri sejak itik tu baru menetas lagi.

Paling menarik, wanita tu membela itik tersebut secara tidak sengaja dan diduga. Semuanya bermula pada suatu hari masa wanita tersebut, Betsy Ross bawa 3 orang anaknya keluar jalan-jalan kat sebuah taman di California, AS.

Masa kat sana, anak-anaknya ternampak sarang itik yang dah dimusnahkan oleh kanak-kanak lain. So Ross pun memeriksa sarang tersebut dan mendapati semua telur kat dalam sarang tu telah rosak dan hancur.

Tapi anak-anaknya telah menemui sebiji telur yang masih elok, cuma ada keretakan kecil pada kulitnya. Sebab kesian, anak-anaknya telah merayu kat ibunya untuk bawa balik telur tu. Dengan harapan mungkin telur tersebut boleh diselamatkan.

Mak-mak omputeh ni lain sikit sebab diaorang selalu berfikiran positif. Kalau mak Abang Jim mungkin telur itik tu dah selamat jadi telur asin kot? Hahaha!

Oleh sebab tak nak menghampakan perasaan anak-anaknya, maka Ross pun membawa pulang telur itik tu.

Walaupun dia tahu sukar untuk menyelamatkan telur tersebut sebab dah retak. Selain dia pun tak ada pengalaman menetaskan apa-apa telur haiwan. Sebab tak ada pengalaman, Ross telah mendapatkan pertolongan pakar haiwan.

Tapi malangnya, pusat perlindungan haiwan tak mahu menerima telur haiwan. Nak tak nak, Ross terpaksa cari sendiri maklumat cara-cara untuk menjaga telur haiwan. Melalui bacaan yang dia buat, Ross mendapati telur memerlukan persekitaran yang suam dan lembab.

Memandangkan rumahnya tak ada tempat menetaskan telur, maka Ross telah menyimpan telur itik tersebut kat dalam bra yang dia pakai. Badan Ross pun besar, so dapatlah dia menjadi ‘ibu’ jadian pada telur tersebut.

Baca artikel ini: Covid19: Haiwan amalkan Jarak Sosial Cuit Hati Netizen

Ross telah menyimpan telur tu kat dalam bajunya selama 35 hari sehinggalah telur itik itu menetas secara semula jadi. Tapi disebabkan suhu yang tak stabil, itik tu menetas dalam keadaan pramatang. Tapi akhirnya itik tu tetap dapat membesar dengan sihat dan manja!

Korang boleh tengok macam mana itik tu oleh membesar nak jadi seekor itik dewasa yang sangat comel!

Baca artikel ini: Sayangkan Kucing? Berhenti Beri 5 Makanan Ini Pada Kucing

Read Previous

Aduh! 5 Cara Atasi Sembelit Semasa Bulan Puasa

Read Next

5 Mitos Sperma Lelaki Yang Korang Salah Faham

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twelve − nine =