Sayangkan Kucing? Berhenti Beri 5 Makanan Ini Pada Kucing

Nak membela kucing bukan semudah yang disangkakan. Abang Jim memang dah taubat nak membela kucing sebab tak pandai nak jaga dengan baik.

Untuk pengetahuan korang, terdapat makanan manusia yang tidak boleh dimakan oleh kucing sebab ia akan membahayakan nyawa si bulus tersebut.

Kat sini Abang Jim akan kongsikan lima makanan manusia yang tidak boleh diberikan kepada kucing sama sekali:

1.   Susu dan produk tenusu

Kucing dewasa sebenarnya tidak mempunyai toleransi terhadap laktosa. Walaupun si bulus ini seperti sangat sukakan susu, korang tidak patut memberikannya sama sekali kerana ia sangat bahaya kepada perut mereka. Selain itu, pengambilan susu boleh menyebabkan kucing muntah-muntah dan cirit-birit. Sebagai alternatif, anda boleh beri air sahaja kepada kucing korang sekiranya si bulus itu haus.

2.   Coklat

Terdapat dua bahan di dalam coklat yang membahayakan kucing iaitu kafein dan theobromine. Walaupun bahan-bahan ini mudah dicerna oleh manusia, si bulus ini adalah sebaliknya. Kedua-dua bahan tersebut boleh menyebabkan kegagalan hati kucing korang tau.

Baca artikel ini: Alaaa Gebunyer! Tips Nak Gemukkan Kucing Kesayangan

3.   Telur mentah

Untuk pengetahuan korang, telur mentah sebenarnya mempunyai bakteria yang menjejaskan usus kucing. Sekiranya korang tetap mahu memberikan makanan ini kepada si bulus, korang perlu masak telur itu terlebih dahulu sebelum mencampurkannya ke dalam makanan kucing.

4.   Anggur dan kismis

Macam yang korang semua tahu,  anggur dan kismis sangat berkhasiat kepada manusia. Tetapi kismis dan anggur sebenarnya boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang pada kucing.

5.   Kacang

Kandungan lemak yang tinggi di dalam kacang boleh mengakibatkan sistem badan kucing mengalami masalah untuk mencernakan makanan tersebut. Bila ini terjadi, kucing akan mengalami masalah untuk membuang air besar dan fungsi buah pinggangnya juga terjejas.

Sebelum korang betul-betul nak membela kucing, pastikan korang ada serba sedikit ilmu pengetahuan tentang pemakanan kucing. Jangan semua benda korang nak bagi kucing makan, nanti tak pasal-pasal mati pula kucing tu. Kesian.

Baca artikel ini: Jenis-jenis malas anda malas yang mana?

Read Previous

Seram! Rupa Kaki Gamer Selepas 20 Tahun

Read Next

5 Alasan Perempuan Tertarik Dengan Karakter Lelaki ‘Bad Boy’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fourteen − ten =