Beli AirPods Secara Dalam Talian Wanita Terkejut Terima Replika Gergasi!

Zaman sekarang orang ramai dah tak perlu nak susah-susah keluar untuk membeli barang. Semuanya kini hanya di hujung jari sahaja. Ditambah dengan musim COVID-19 pula sekarang, so masing-masing tak nak ambil risiko keluar rumah dan hanya membeli secara dalam talian sahaja.

Tapi satu kisah lucu ni telah berlaku ke atas seorang wanita yang membeli AirPods secara dalam talian baru-baru ni. Korang bayangkanlah, apabila AirPods yang dia beli sampai di rumah, dia mendapat gajet bersaiz gajah! Punya laa besar AirPods dia dapat tu.

Baca artikel ini: Nelayan Beruntung Dapat Ikan ‘Bertuah’

Difahamkan, wanita tersebut yang dikenali Aleezy telah membeli AirPods tersebut dari laman Amazon. Ia sebenarnya adalah barang tiruan dan dijual hanya pada harga £50 (RM268.76) sahaja.

Dengan harga sebegitu wanita dari Dubai ini membayangkan dia akan mendapat AirPods yang boleh digunakan dengan saiz yang biasa, namun apabila yang sampai kotaknya agak besar membuatkan dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Setelah dibuka kotak tersebut Aleezay sangat terkejut melihatkan saiz AirPods gergasi tersebut yang sebenarnya adalah hanya replika. Punyalah besar, Air Pods gergasi itu bersaiz kepala wanita tersebut!

Biarpun kisah wanita ini agak kelakar, namun inilah yang dikatakan kekurangan membeli secara dalam talian. Biarpun begitu untuk membeli secara dalam talian haruslah bijak dalam memilih. Jika barangan sebegini dapat dengan harga terlalu murah, janganlah mudah terlalu percaya.

Sebab tu Abang Jim tak berapa suka membeli secara dalam talian ni. Nanti order barang lain, yang sampai barang lain. Lepas tu menyesal.

Baca artikel ini: Lelaki Kecewa Rambut Palsu ‘Cair’ Sewaktu Sedang Memikat Wanita

Read Previous

Kenapa Ada Yang Takut Dengan Komitmen Cinta?

Read Next

5 Kartun kanak-kanak popular di dunia sepanjang zaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 2 =