Memang Rare! 10 Komik Paling Mahal Di Dunia

Min percaya semua orang yang tengah baca artikel min ni mesti seorang yang kaki komik juga. Apa komik kegemaran korang yang sampai hari ni korang masih lagi baca? 

Komik memang seronok kalau dibaca, nak-nak kalau jalan cerita dia menarik, siap ada buat kesinambungan dalam bentuk filem lagi.

So kali ni, min nak review 10 komik yang dijual pada harga paling mahal di dunia. Jom semak!

  • Action Comics #1 – AS$3,207,852 

Komik ni merupakan sejarah kewujudan superhero yang sangat terkenal iaitu Superman. Action Comics ni merupakan hasil karya Jerry Siegel dan Joe Shuster. Komik ni telah mendapat tempat pertama dalam senarai harga komik paling mahal di dunia. Terdapat hanya 4 salinan komik ini yang dijual pada harga melebihi AS$1 juta. Komik ini memegang rekod sebagai komik paling mahal dalam sejarah dunia.

  • Amazing Fantasy #15 – AS$1,100,000

Apa yang membuatkan komik ni special ialah, ia merupakan penampilan pertama Superhero Spiderman! Hasil lelongan yang dibuat pada tahun 2011 ini begitu mengejutkan apabila harga komik tersebut mencecah sehingga melebihi AS$1 juta. Komik ni merupakan hasil harya Stan Lee dan Steve Ditko. 

  • Detective Comics #27 – AS$1,075,000

Komik Detective Comics Bil.27 ni sangat istimewa sebab buat pertama kalinya watak Batman diperkenalkan. Watak Batman ni buat pertama kali diperkenalkan pada tahun 1939. Ia merupakan salah satu komik bukan edisi pertama paling mahal di dunia. 

  • Batman #1 – AS$567,625 (RM)

Komik Batman siri pertama ini sangat hebat sebab menampilkan buat pertama kalinya dua watak besar iaitu Joker dan Catwoman sekali gus menjadi salah satu daripada komik yang dilelong pada harga tertinggi pada tahun 2013.

  • X-Men #1– AS$492,937.50

Komik ini dihasilkan oleh Stan Lee dan Jack Kirby dan telah dilelong pada tahun 2012. Walaupun komik yang dilelong itu adalah daripada salinan kedua, ia turut tersenarai sebagai antara komik paling mahal di dunia.

  • Flash Comics #1 – AS$450,000

Menampilkan watak pertama dari koleksi komik ini iaitu Golden Age Flash dan Hawkman.Komik ini telah dilelong pada tahun 2010 pada harga AS$450,000. Komik ini mengisahkan tentang Jay Garrick yang merupakan seorang superhero dikenali sebagai Flash yang diterbitkan oleh DC Comics. Watak ini telah dicipta oleh penulis Gardner Fox dan artis Harry Lampert

  • Tales of Suspense Bil.39 – AS$375,000

Merupakan komek yang menampilkan buat pertama kalinya watak Iron Man. Komik ini telah dihasilkan oleh Stan Lee dan Jck Kirby. Komik ini menjadi rebutan selepas ia dilelong pada tahun 2012 sejurus muncul filem Iron Man lakonan Robert Downey Jr. Komik ini akhirnya terjual pada harga AS$375,000.

  • Marvel Comics #1 – AS$350,000

Merupakan kemuncak lelongan buku komik pada abad ke-21. Marvel Comics #1 merupakan komik pertama yang diterbitkan oleh syarikat komik. Komik Marvel Comics #1 ini menampilkan buat pertama kalinya watak Namor dan Human Torch, Lelongan buku komik ini telah dibuat pada tahun 2003.

  • Captain America #1 – AS$343,057

Komik Captain America ini telah dicipta oleh Jack Karby dan Joe Simon yang menampilkan Captain Amerika sedang menumbuk pemimpin sebuah negara iaitu Hitler. Pada waktu itu Amerika belum berperang lagi dengan negara tersebut (Jerman). Salinan komik ini telah dilelong pada tahun 2011.

  • Incredible Hulk #1 – AS$326,000

Merupakan komik yang menampilkan buat pertama kali watak Incredible Hulk. Komik ini merupakan karya Stan Lee dan Jack Kirby yang dihasilkan buat pertama kalinya pada tahun 1962. Hanya terdapat satu Salinan sahaja komik ini yang diketahui wujud dan telah dilelong pada tahun 2014. Pada kemunculan pertama watak Hulk, tubuhnya belum lagi berwarna hijau.

Korang minat tak dengan watak-watak komik kat atas? Yang mana satu kegemaran korang?

Read Previous

Tak Jemu ke makan kentang goreng selama 32 tahun?

Read Next

Jalan Kaki Pun Boleh Kurus. How?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − eight =