Kenapa Ada Yang Takut Dengan Komitmen Cinta?

Korang yang umur dah bujang terlajak tapi masih belum ada calon mesti selalu akan mengelak daripada disoal tentang jodoh. Yang tukang tanya tu pula bukan main sebuk hal orang lain. Abang Jim cukup-cukup tak berkenan dengan orang macam ni. Bila di tanya, ada saja alasan yang diberi dan korang seboleh-bolehnya akan cuba untuk mengelak. Adakah ini petanda korang merupakan orang yang takutkan komitmen? Jom kenali 5 ciri-ciri yang membezakan orang yang takut komitmen dengan mereka yang sekadar belum bertemu jodoh.

1.   Satu pasangan untuk sepanjang hidup

Idea untuk hidup bersama dengan si dia dalam susah dan senang membuatkan korang tidak senang duduk. Bagaimana jika dia berpaling arah? Apa akan terjadi jika korang tidak mampu untuk membahagiakannya? Sikap berfikir terlalu jauh ini kadang menyebabkan kekangan untuk rasa gembira. Elak berfikir negatif dan hidup dalam aura positif. Ia boleh mempengaruhi perlakuan korang ketika berpasangan.

2.   Kekangan mencapai impian

Semua orang ada cita-cita sama ada dalam kerjaya, hobi atau matlamat hidup. Namun, korang sering beranggapan perkahwinan hanya akan menyebabkan impian untuk mencapainya terhalang. Kerana itu pentingnya komunikasi dan tolak ansur dalam perhubungan.

Baca artikel ini: Susah Nak Mati! 10 Exam Paling Sukar Di Dunia

3.   Sempurna tanpa pasangan

Sering kali berlaku kepada mereka yang mempunyai keluarga bahagia, kerjaya dengan pendapatan lumayan serta berpewatakan menarik. Perkahwinan dianggap hanya sebagai aktiviti sosial yang tidak penting. Tetapi sebenarnya perkahwinan boleh mengajar korang untuk menjadi manusia yang lebih bertanggungjawab dan teratur dalam mengawal emosi serta pemikiran.

4.   Takut terluka

Semua orang pernah merasai kekecewaan ditinggalkan kekasih. Namun kekecewaan itulah yang mengajar korang erti menghargai orang di sekeliling. Perlahan-lahan, bina semangat untuk mendekati cinta semula. Jangan dibuang terus rasa bahagia itu. Bak kata pepatah, korang akan bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu jodoh yang sebenar.

5.   Tiada ruang untuk diri sendiri

Menurut pembacaan dan pengalaman rakan-rakan, korang mungkin tidak akan ada masa untuk diri sendiri. Semua perhatian tertumpu kepada pasangan dan rumah tangga. Jangan sesekali jadikan cerita orang lain menjadi cerita korang. Corak hubungan yang baik bersama pasangan dan jadikan dia sebagai kawan baik. Lakukan aktiviti bersama-sama. Berbincang dan minta kebenaran si dia untuk meluang masa bersama teman baik untuk girl’s day out.

Ada orang mungkin berfikiran paranoid terhadap perhubungan sebab tu dia rasa tak selamat untuk ada komitmen dalam cinta. Tapi tak boleh laa macam tu. Sampai bila pemikiran macam tu nak kawal masa depan korang?

Baca artikel ini: Macam ni ke perangai kaki gamers?

Read Previous

Impikan Janji Temu Sempurna? Ikut 5 Cara Ini

Read Next

Beli AirPods Secara Dalam Talian Wanita Terkejut Terima Replika Gergasi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 3 =