Susah Nak Mati! 10 Exam Paling Sukar Di Dunia

Kalau ditanya orang Malaysia peperiksaan apa yang dianggap paling mendebarkan, rata-rata mungkin akan menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM. Tapi SPM tu sebenarnya bukanlah penentu kejayaan seseorang sebab masih banyak lagi peluang lain yang ada jika korang gagal dalam SPM. 

Hari ni min nak kupas sikit antara peperiksaan yang dianggap paling susah di dunia dan bukan calang-calang orang boleh menduduki peperiksaan tersebut. Jom baca ramai-ramai!

  • Pakar Rangkaian Bertauliah Cisco CCIE

CCIE ialah lebih kepada satu pensijilan dan bukannya peperiksaan untuk memasuki sesebuah institusi. Tapi, CCIE ini adalah salah satu daripada peperiksaan paling susah di dunia. Cisco menjalankan peperiksaan ini untuk merekrut jurutera rangkaian. Peperiksaan ini menilai keupayaan para calon untuk merancang, mengendali dan menyelesaikan masalah infrastruktur rangkaian menggunakan peralatan Cisco yang berbeza. Exam ni dibahagikan kepada 6 bahagian dalam 2 fasa. Fasa praktikal berlangsung selama 8 jam. Kalau korang nak tahu, kurang daripada 1% jurutera rangkaian di seluruh dunia berjaya menerima pensijilan ini. Fuh! Dahsyat.

  • Perkhidmatan Kejuruteraan India – IES

Exam ni mempunyai 4 peringkat yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC) di India. UPSC merekrut perkhidmatan kejuruteraan India untuk menjaga perkhidmatan pengurusan dan teknikal kerajaan India. Exam ni ada 6 ujian. Setiap satu pula ada beratus-ratus ribu jurutera muncul untuk peperiksaan ini kerana gaji yang ditawarkan adalah lumayan.

  • Mensa

Untuk pengetahuan korang, persatuan Mensa merupakan sebuah komuniti untuk orang yang memiliki IQ tertinggi. Mensa ni juga komuniti tertua di dunia tau. Setiap negara mempunyai persatuan Mensa mereka sendiri. Tiada had umur ditetapkan untuk mengambil ujian ini. Ujian IQ Mensa ialah ujian IQ yang tersangatlah sukar. Anda boleh mencuba nasib untuk menjadi ahli persatuan Mensa  asalkan korang dapat skor sekurang-kurangnya 98% daripada markah keseluruhan. Ada bran?

  • CFA – Penganalisis Kewangan Bertauliah

CFA merupakan pensijilan profesional yang diberikan oleh institute CFA. Menurut Wall Street Journal, CFA ni digambarkan sebagai salah satu exam paling sukar di dunia. Sebab terlalu susah, kurang daripada 20% pemohon yang berjaya melepasinya. Ada yang ambil exam ulangan pun tetap juga gagal. Secara purata calon membuat 4 percubaan untuk melepasi peperiksaan. Kalau lepas, calon akan menjadi CFA Charterholder.

  • CA – Akauntan Bertauliah

Kalau korang anggap exam CFA adalah paling susah, korang masih belum tahu lagi tentang exam CA atau Chartered Account di India ini. CA ialah exam 3 peringkat yang dijalankan  oleh Institut Akauntan Bertauliah India. Untuk melepasi 3 tahap yang sukar ini, kebanyakan calon akan memerah otak, keringat dan air mata untuk lulus. Tapi kebanyakan calon akan berputus asa selepas percubaan berulang. Kira-kira 10% calon sahaja yang lulus dalam exam ni. Min give up!

  • All Souls Prize Fellowship Exam

Exam fellowship ni dijalankan oleh Universiti Oxford. Ada benda yang tak masuk akal dalam exam ni bukan sebab susah, tapi Oxford hanya akan memilih 2 orang calon sahaja untuk fellowship daripada semua calon. Beberapa tahun lalu, Oxford memerlukan calon untuk menulis esei daripada satu topik tunggal. Calon mesti mempunyai pengetahuan dan fakta minda yang kreatif untuk lulus dalam exam ni.

  • Institut Teknologi India – Joint Entrance Examination (JEE)

Institut ni telah melahirkan beberapa eksekutif di Silicon Valley termasuk CEO Google, Sudar Pichai. Tapi, untuk masuk ke sini korang perlu menduduki peperiksaan antara yang paling susah nak mati di dunia! Lebih daripada setengah juta pelajar mengambil peperiksaan ini setiap tahun, tapi hanya beberapa ribu sahaja yang diterima masuk ke Institut Teknologi India ini.

  • Gaokao atau Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan China

Gaokao boleh dikatakan sebagai peperiksaan paling susah di China. Exam ni diambil oleh calon pada tahun terakhir di sekolah menengah dan berharap untuk diterima masuk ke salah satu kolej terbaik di negara tersebut. Exam ni dijalankan selama 9 jam selama dua hari dan diwajibkan ke atas pelajar yang hendak melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setiap tahun, seramai 10 juta pelajar akan ambil exam ni! Daripada jumlah tersebut, hanya 0.2% calon sahaja yang berjaya mendapat markah untuk masuk ke kolej ternama. Gaokao telah menjadi penyebab utama remaja kat China gelisah sampaikan banyak dokumentari telah dihasilkan tentang peperiksaan Gaokao ini.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Kesatuan (UPSC)

Exam ni dijalankan pada setiap tahun untuk merekrut calon dalam pelbagai jawatan kerajaan. Ia dijalankan dalam 3 tahap yang berlangsung selama beberapa bulan dan tahap terakhir ialah temuduga peribadi. Mereka yang pernah ambil exam IIT-JEE juga gagal dalam peperiksaan UPSC ni. Kadar yang lulus pula ialah antara 0.1% hingga 0.4% sahaja.

  • Peperiksaan Master Sommelier Diploma

Exam ni dijalankan untuk mencari pakar membuat wain. Court of Master Sommelier telah ditubuhkan sejak tahun 1977 untuk mengendalikan peperiksaan ini. Korang boleh mengambil peperiksaan Diploma Master Sommelier jika korang lulus ujian sijil Sommelier lanjutan. Calon bukan hanya perlu lulus peperiksaan teori lisan, tapi perlu melalui ujian rasa 6 jenis anggur dalam keadaan mata tertutup dan ujian praktikal di restoran. Mostly calon akan berputus asa selepas 5 hingga 6 kali percubaan. Selama 40 tahun lalu, hanya 229 orang sahaja yang berjaya dalam peperiksaan ini.

Haaa! So korang macam mana? Ada yang bercita-cita nak jadi akauntan? Kalau korang hebat, silakan mencuba ambil exam-exam paling susah di dunia ni yer. Wish you luck!

Read Previous

Rindunya! Mengimbau 11 Kenangan Masa Mula-Mula Masuk Universiti.

Read Next

Comelnya Awak! 10 Baka Kucing Paling Menawan Di Dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty − six =