Abang Jim bukanlah pakar sangat ba-bab bercinta ni. Nak kata romantik sangat pun, alaa biasa-biasa jer. Kalau keluar dating pun makan kat restoran makanan segera. Tak pernahnya nak bawa pergi makan kat hotel ke. Paling mewah pun kat Sushi King. Hahahah! Tapi Abang Jim tahu, para wanita memang teringin nak dapat semua tu dan berharap bf dia bawa ke tempat-tempat istimewa kalau keluar dating. So untuk korang yang baru-baru nak kenal erti cinta tu, mungkin korang boleh ikut 5 cara ini untuk membuatkan teman wanita korang gembira.
1. Pilih Restoran Yang Romantik
Pilih tempat yang korang tahu teman wanita korang pasti akan suka. Mungkin ada restoran yang punya nilai sentimental, seperti di mana korang dan pasangan mengadakan temujanji yang pertama. Jika ini bukan satu pilihan, pilih tempat yang menghidangkan makanan yang disukai oleh gf korang tu. Ia perlu menjadi tempat yang lebih menarik daripada lokasi biasa anda makan tetapi tidak perlu membayar sehingga ratusan ringgit.
2. Buat Tempahan
Penting sekali untuk pastikan bahawa restoran yang korang ingin pergi masih mempunyai tempat kosong. Benda ni sebab nak elakkan korang daripada menunggu masa yang lama di tempat yang sibuk. Korang cuma perlu hubungi restoran sebelum menuju ke sana dan beritahu pihak restoran bahawa korang ingin membuat tempahan pada waktu yang telah ditetapkan.
3. Pilih Aktiviti Tambahan
Selain makan malam yang romantik, korang boleh merancang sesuatu aktiviti istimewa selepas makan malam. Korang boleh bawa gf korang ke panggung wayang. Fikirkan aktiviti yang diminati oleh pasangan dan buat acara istimewa selepas makan malam.
Baca artikel ini: 7 Tanda Lelaki Sedang Cemburu
4. Belikan Hadiah
Jika mahu, korang boleh belikan hadiah untuk si dia. Ia adalah sebagai tanda kasih sayang korang kepada pasangan. Bunga, aksesori dan coklat sering menjadi taruhan terbaik. Untuk hadiah yang lebih peribadi, hadiahkan teman wanita korang dengan bingkai gambar dengan foto korang berdua. Selain itu, korang juga boleh buat hadiah seperti CD atau USB Memory yang dipenuhi lagu romantis. Pasti dia akan hargai hadiah istimewa ini.
5. Rancang Pakaian Yang Ingin Dipakai
Pastikan korang memakai sesuatu yang istimewa. Bergantung pada tempat yang korang nak pergi. Untuk acara istimewa yang tampak mewah, lelaki boleh memakai sut manakala wanita boleh memakai dress atau gaun. Berpakaian dengan baik dan menarik boleh membantu membuatkan sesi temujanji lebih istimewa dan pasangan korang akan hargai usaha yang dilakukan.
Amacam? Romantik tak idea Abang Jim bagi? Alaa tak salah pun sekali sekala buat pasangan korang tu gembira. Mungkin pada hari-hari istimewa macam hari jadi dia ke? Baru laa orang kata sweet couple.
Baca artikel ini: Dah Bosan Layan Drama? Cuba Korang Tonton 5 Filem Anime Terbaik Dari Jepun Ni