Sumber: Daftar popular
Dengan pertumbuhan teknologi hari ni, industry permainan video pun turut berkembang dengan pesat. Pertumbuhan permainan video game ni tidak hanya tertumpu pada golongan muda sahaja, tetapi merangkumi semua peringkat usia dan juga jantina. So hari ni min nak kongsi sikit ciri-ciri yang ada pada seorang kaki game atau gamers. Jom check the result!
- Seorang gamers tak lepas dengan handphone, gadget, laptop dan PC
Ini merupakan ciri utama seorang gamers. Gamers sejati sangat obsess dengan perantik elektronik miliknya. Biasanya seorang gamers tidak akan lekang daripada permainan yang dimainkan baik di sekolah, pejabat walaupun ketikda berada di dalam tandas! Macam ada magnet yang melekat kat tangan seorang gamers dengan gadget mereka.
- Seorang gamers lincah dengan papan kekunci
Seorang kaki permainan video mempunyai kelebihan apabila sangat mahir dan lincah dengan papan keyboard pada komputer atau handphone. Bahkan tahap pro mereka sampaikan kalau tutup mata pun diaorang masih boleh handle lagi permainan video game.
- Seorang gamers selalunya kreatif
Para gamers biasanya akan kaitkan kehidupan mereka dengan dunia nyata. Mereka akan selalu melakukan sesuatu pembaharuan atau inovasi yang boleh mereka pratikkan dalam permainan video. Seorang gamers juga perlu banyak berfikir sewaktu bermain permainan video.
- Seorang gamers ada sifat percaya pada diri sendiri dan berjimat-cermat
Waktu bermain permainan video, gamers aka nada rasa yakin dan percaya pada diri sendiri. Biasanya gamers akan mengulangi permainan yang sama berulang-ulang kali untuk dapat hasil yang lebih baik. Seorang gamers juga suka menabung sebab mereka nak kumpul duit untuk membeli permainan video yang harganya mahal.
- Seorang gamers boleh menyelesaikan masalah yang kompleks
Ini adalah salah satu kelebihan gamers. Mereka akan dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapai. Hal ni sebab, permainan video itu sendiri sangat susah dan gamers perlu mencari jalan penyelesaian untuk bermain permainan video. Gamers akan berfikir untuk menyelesaikan masalah tersebut.
- Seorang gamers selalu guna bahasa kasar
Saeorang gamers biasanya selalu ada naluri untuk menang dalam setiap permainan video. Tapi tak semua permainan video gamers tersebut akan menang. Saat seseorang gamers itu kalah, mereka boleh menjadi marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat. Bahkan seorang gamers selalunya akan dibenci orang. Yeker guys? Hahahaha.
- Gamers hanya ramai kawan di alam maya
Seorang gamers biasanya tidak mempunyai ramai kawan sebab hidup dia banyak dihabiskan dengan permainan video games. Biasanya gamers ni juga tak kisah dengan apa yang sedang berlaku kat sekeliling mereka.
Haaa..So itulah antara serba-sedikit ciri-ciri yang ada pada seorang kaki games atau gamers. Korang bersetuju tak? Kalau tak jangan kecam min pulak yer. Hahahaha.