Baik Dan Buruk Ada Bf Kaya

Betul ke perempuan ni bersifat materialistik? Kalau nak cari bf jer mesti nak yang berduit, ada harta dan kaya-raya. Ehh tak kot. Ada juga yang tak pandang semua tu sebab ada mereka berpendapat ‘kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit’. 

Tapi kalau korang wanita di luar sana dapat bf yang kaya, itu dah dikira bonus laa. Nak harapkan Abang Jim? Alahaiii. So Abang Jim nak nyatakan apakah antara kebaikan dan keburukan ada bf yang kaya ni.

Kebaikan:

1.   Swipe sahaja!

Semudah A, B dan C untuk korang mendapatkan apa sahaja kemahuan diri kerana bf korang tiada masalah untuk swipe kad kreditnya untuk perempuan yang dia cintai. Teman-teman korang mungkin juga akan  cemburu dengan apa yang korang dapat.

2.   Masa depan terjamin

Jika panjang jodoh korang berdua, ke jenjang pelamin perginya. Ini merupakan impian setiap gadis bagi menjamin masa depan. Tidak kira si gadis mempunyai kerjaya ataupun tidak, setidak-tidaknya korang boleh beli baju yang branded bukan untuk korang jer, tapi juga untuk si comel korang nanti.

Baca artikel ini: Amalkan 8 Makanan Ini Kalau Nak Kulit Mulus Dan Awet Muda

Keburukan:

1.   Cemburu

Apabila cemburu buta menguasai diri, mulalah berasa insecure. Mana taknya, bila bf korang punya segalanya. Mana mungkin tidak ada peminat lain yang nak cuba ‘cucuk jarum’ pikat bf korang yang kaya-raya tu. Kadang-kadang perasaan insecure kamu itu yang berlebih-lebih padahal bf korang tu tidak begitu pun.

2.   Playboy

Segelintir lelaki bila sudah ada kedudukan dan kerjaya, mereka cenderung untuk mendapatkan lebih dalam apa saja yang dilakukan termasuklah cinta. Mungkin perasaan insecure korang itu betul? Tidak pelik kalau korang dibuang begitu sahaja.

Nasihat Abang Jim, tak salah kalau kamu nak dating rich guy, cuma jangan jadikan wang itu perkara utama dalam memilih pasangan hidup. Sebab nanti korang sendiri yang akan merana. Kenali lelaki itu dengan sebaik-baiknya. Dapat yang biasa-biasa macam Abang Jim pun dah kira ok apa. Hahaha!

Baca artikel ini: Geli & Seram Tengok Lubang-lubang Kecil? Ini 5 Perkara Tentang Trypophobia

Read Previous

Geli & Seram Tengok Lubang-lubang Kecil? Ini 5 Perkara Tentang Trypophobia

Read Next

Impikan Janji Temu Sempurna? Ikut 5 Cara Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × five =