Dah Bosan Layan Drama? Cuba Korang Tonton 5 Filem Anime Terbaik Dari Jepun Ni

Untuk korang yang kaki drama, kalau korang dah bosan asyik tengok drama yang sama jer hari-hari sepanjang tempoh PKP ni, apa kata korang try ubah angin dengan menonton seleksi Top 5 anime terbaik dari Jepun ni.

Abang Jim yakin korang takkan menyesal sebab Abang Jim sendiri dah tengok semua anime ni. Memang terbaek! Walaupun hanya sekadar anime, jalan cerita, penghayatan watak dan kronologi cerita yang disampai sangat menyentuh hati.

Oleh itu mengapa tidak kalau sesekali korang layan animekan? Kat sini Abang Jim nak senaraikan 5 pilihan filem anime Jepun yang terbaik sebab jalan cerita yang best.

Your Name (2016)

 “Your Name (Kimi No Na Wa)” dikeluarkan pada tahun 2016 dan siapa sangka mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa sebab jalan cerita dan sinematografi yang baik. Your Name menceritakan kisah seorang budak sekolah lelaki dan perempuan yang bertukar tubuh. Kisah yang jauh lebih rumit mewujudkan elemen percintaan serta konflik dan twist menjadikan Your Name sangat menarik untuk ditonton dari mula hingga akhir.

Baca artikel ini: Rupanya Degil Tu Ada Sebab. Kenapa Seseorang Tu Degil?

Spirited Away (2001)

Bila ditanya filem anime paling hebat sepanjang zaman, rata-rata memilih Spirited Away. Merangkul anugerah filem anime terbaik di Oscars 2003, Spirited Away berkisahkan seorang budak perempuan 10 tahun Chihiro dan ibu bapanya secara tidak sengaja memasuki tanah ajaib di dalam kereta mereka. Ibu bapa Chihiro berubah menjadi khinzir, meninggalkannya mengembara dalam dunia yang diperintah oleh para dewa, ahli sihir dan roh. Malah manusia juga telah disumpah menjadi binatang.

The Girl Who Leapt Through Time (2006)

The Girl Who Leapt Through Time adalah kisah seorang gadis yang mempunyai keupayaan merentasi masa dan menggunakan kemampuan tersebut untuk menyelesaikan masalah. Berdasarkan novel nukilan Yasutaka Tsutsui, ternyata setiap scene tidak pernah gagal membangkitkan emosi si penonton. Memang sangat disarankan!

 Into the Forest of Fireflies’ Light (2011)

Filem ini mempunyai cerita yang sedih dan romantis tapi masih menghiburkan. Kisahnya, setiap musim panas, seorang budak perempuan bernama Hotaru kembali ke desa untuk lawatan musim panas. Pada suatu hari, dia diselamatkan oleh makhluk bernama Gin apabila tersesat di dalam hutan. Kedua-dua mereka menjadi kawan, walaupun makhluk tersebut mendedahkan bahawa dia akan hilang jauh tetapi ternyata hubungan mereka berkembang sehingga Hotaru meningkat remaja.

 Centimeters Per Second (2007)

Penceritaan 5 Centimeters Per Second agak perlahan. Takaki dan Akari merupakan kawan sekelas sejak di bangku sekolah rendah lagi dan menjadi sahabat baik. Badai mula melanda apabila Akari berpindah ke tempat lain disebabkan kerja ibu bapanya. Kedua-dua mereka berjuang untuk mengekalkan persahabatan melalui surat tetapi sayangnya jarak dan masa mula memisahkan mereka.

So agak-agak filem anime yang mana satu korang paling minat? Mesti korang yang kaki anime ni dah layan dulu filem anime yang Abang Jim senaraikan kat atas. Hahaha! Tak kisah laa, janji korang jangan keluar rumah sepanjang PKP ni okey!

Baca artikel ini: Sebelum Keluar Berbelanja, Makan Dulu Makanan Berkhasiat. Kenapa ek?

Read Previous

Topeng Muka Dah Macam Emas. Perompak Bawa Lari 6,000 Topeng Muka

Read Next

Uwerkk!! Lelaki AS Diburu Polis Lepas Jilat Barang ‘Toiletries’ Di Pasar Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − ten =