7 Tanda Lelaki Sedang Cemburu

Rata-rata ramai yang beranggapan perempuan memiliki sifat cemburu yang kuat terutamanya dalam cinta. Ada masa perangai dia ok, ada masa tiba-tiba mood dia berubah tanpa diketahui sebabnya. Fuhh! Nasib baik laa Abang Jim single lagi.

Memang susah nak faham perangai perempuan ni. Ehh! Tapi, korang jangan ingat perempuan jer tau yang ada sifat cemburu buta. Lelaki pun sama! Cuma kadang-kadang si lelaki tu dia tak tunjukkan sifat cemburunya secara berdepan. 

So macam mana nak pastikan yer? Meh sini Abang Jim kongsikan 7 tanda jika seseorang lelaki itu sebenarnya sedang cemburu.

1.   Berpura-pura seolah tidak peduli

Bila lelaki melihat teman wanitanya berbual dengan lelaki lain, lelaki tu selalunya akan berpura-pura tidak kisah, padahal dalam hati rasa nak tumbuk jer mamat tu! Kemudian si lelaki akan mula bertindak dan berkelakuan lain dari biasa. Contoh seperti tidak mengendahkan teman wanitanya dan tiba-tiba mula mencari pasal untuk mulakan pergaduhan tanpa sebab. Last-last kantoi! Rupanya sebab cemburu teman wanitanya berbual dengan lelaki lain. Wekkk!

2.   Mood swings

Mood yang pada awalnya ok, tapi tiba-tiba si lelaki jadi terlalu diam dan bertindak pelik. Atau mungkin dia menjadi marah dan secara tak langsung juga melakukan deraan secara fizikal. Mood swings yang berlaku secara tiba-tiba menunjukkan yang lelaki tu sebenarnya dalam keadaan cemburu.

3.   Si jejaka berkelakuan pelik di sekitar anda

Kalau si lelaki mula berkelakuan pelik macam menjadi sedikit agresif. Contoh menjadi lebih mengongkong perkara tu boleh jadi satu tanda yang dia sedang cemburu. Awas ya!

Baca artikel ini: 4 Bahasa Paling Sukar Dipelajari Di Dunia

4.   Mengintip anda

Apabila si lelaki mula mengintip atau memerhati teman wanitanya dengan lebih kerap, ke mana dia pergi, dengan siapa dia keluar atau mungkin dengan siapa dia bercakap, itu juga satu tanda cemburu. Bukan itu jer, bahkan apabila si lelaki sudah mula meminta kata kunci emel dan laman sosial untuk memeriksa, bersiap sedialah yer. Hahaha!

5.   Merenung tajam

Tidak kira di mana sahaja teman wanitanya berada, dia boleh merasakan yang si lelaki itu sedang memerhatikannya dengan sangat terperinci. Pandangan tajam lelaki ni kadang-kadang ada 1000 makna yang tersurat tau.

6.   Si dia mengatakan sesuatu yang kejam tentang sahabat anda

Waktu si wanita meluangkan masa dengan rakan-rakannya, si lelaki tiba-tiba bercakap perkara-perkara yang kejam dan menyentuh perasaan tanpa sebab. Haaa! Itu juga menjadi salah satu tanda bahawa si lelaki sebenarnya sedang cemburu kat kawan teman wanitanya, lebih-lebih lagi kalau kawan tersebut juga seorang lelaki!

7.   Berasa sedih bila ada orang lain memuji teman wanitanya cantik

Sepatutnya si lelaki perlu berbangga bila ada orang lain memuji teman wanitanya cantik. Tetapi sebaliknya, si lelaki akan mula berasa sedih. Lagi buruk kalau si lelaki tu tiba-tiba akan naik berang dan marah. Haiyo! Ini memang dasar cemburu buta.

Korang para wanita kat luar sana, dah faham dah kalau teman lelaki korang tu sebenarnya sedang cemburu? Yang lelaki pula, come on guys, janganlah cemburu buta sangat. Sebab cemburu itulah kadang-kadang boleh menyebabkan hubungan jadi retak. So kurang-kurangkanlah rasa cemburu tu yer.

Baca artikel ini: Jangan Muntah Dulu! Ketahui Tahap Kesihatan Usus Melalui Bentuk Najis

Read Previous

Tak Sangka! Hebatnya Buah Betik Pada Kesihatan

Read Next

5 Fobia Aneh Yang Korang Kena Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 5 =