Ini yang dinamakan sebagai ‘durian runtuh’. Kejadian yang berlaku kat seorang pemancing ni memang jarang-jarang berlaku.
Abang Jim sendiri yang dikategorikan sebagai kaki pancing sendiri pun belum pernah melalui pengalaman macam lelaki ni.
Kisahnya, ada seorang pemancing dari Australia bernama Dylan Mizzi. Suatu hari dia telah berjaya menangkap seekor ikan tuna yang agak besar.
Tapi, apa yang membuatkan Mizzi bertambah gembira apabila dia mendapati terdapat sekeping duit bernilai AUD20 (RM56) yang masih elok berada di dalam perut ikan tersebut.
Walaupun jumlah yang dia peroleh itu tidaklah sebesar mana, tetapi ia sudah cukup membuatkan lelaki itu gembira.
Tapi pada masa sama dia turut hairan bagaimana duit tersebut boleh berada di dalam perut ikan itu. Kegembiraan Mizzi telah dikongsikan menerusi akaun Facebooknya dengan kapsyen ‘Mind Blown. No Word of a lie’.
Baca artikel ini: Lelaki Kecewa Rambut Palsu ‘Cair’ Sewaktu Sedang Memikat Wanita
Perkongsian itu secara tidak langsung memanggil seorang pengguna media sosial lainnya untuk memberikan komentar.
Jelas individu tersebut, “Itu suatu penemuan terbaik. Kamu boleh menikmati makan malam dan sebotol bir.”
Bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat warganet yang mengatakan bahawa gambar dan perkongsian itu merupakan satu penipuan.
Apa-apa pun, pada pandangan Abang Jim, tidak mustahil kepingan wang kertas berada dalam perut seekor ikan.
Mungkin sahaja wang itu ditelan oleh ikan itu selepas seorang pemancing secara tidak sengaja tercicir wangnya dan jatuh ke dalam laut. Tapi Abang Jim nak puji tentang kualiti wang kertas Australia sebab keadaannya masih lagi elok dan sempurna walaupun telah berada di dalam perut seekor ikan!
Baca artikel ini: Tamak! Tempah 1,900 Tempat Duduk Kat Stadium. Tapi Last-Last…