Lelaki memang tidak akan lari daripada berdepan dengan masalah kebotakan kepala dan rambut semakin nipis.
Abang Jim sendiri sedang bergelut dengan masalah serupa bila rambut banyak gugur sehingga kepala menjadi semakin botak! So nak senang, Abang Jim botakkan terus jer kepala. Puas hati! Banyak faktor kenapa kepala menjadi semakin botak. Salah satunya ialah sebab keturunan.
Dunia semakin moden, so mujur terhasilnya pelbagai bentuk penyelesaian nak memerangi masalah kebotakan bagi lelaki. Salah satunya ialah dengan menghasilkan ilusi rambut tebal. Tapi kaedah tersebut bagaimanapun telah memberi mimpi ngeri buat seorang lelaki baru-baru ini.
Dalam sebuah video TikTok yang viral kat Twitter telah menunjukkan seorang lelaki menggunakan teknik penyembur aerosol untuk memberi kesan ilusi seolah-olah dia mempunyai rambut yang tebal.
Dengan teknik tersebut, lelaki itu mula berasa dirinya kacak dan yakin untuk memikat gadis-gadis yang berada di pantai dengan rambut barunya itu.
Namun rancangannya gagal apabila cat pada kepalanya itu cair dan warnanya turun sebaik dia masuk ke dalam air!
Baca artikel ini: Kek besarkan payudara? 3 trend kecantikan pelik kat Jepun
Dia meluahkan rasa kecewanya dengan pewarna kepala itu kerana ia tidak kalis air seperti yang didakwa dan percaya orang yang menjual produk tersebut sengaja ingin mengenakannya. Malu wei!
Rata-rata netizen geli hati melihat apa yang berlaku kepada lelaki itu, dalam pada masa yang sama ramai yang turut rasa kasihan kepadanya.
Cara ini dicipta oleh seorang pakar inovasi Ron Popeil pada pertengahan tahun 1990. Dengan memperkenalkan penyembur aerosol menyerupai pewarna kasut, ia didakwa mampu untuk menangani masalah kebotakan. Malah teknik itu masih digunakan sehingga ke hari ini.
Aduhh! Apa salahnya kalau berkepala botak? Lelaki kalau berkepala botak nampak lagi seksi okey. Kalau korang tak percaya, try laa botakkan kepala korang tu.
Baca artikel ini: Yang Aneh-Aneh Jer Peraturan Pelik Beberapa Negara Di Dunia