Sepanjang duduk kat rumah selama 2 bulan ni, apa yang korang buat? Kalau yang bekerja tu mungkin bekerja dari rumah. Tapi mesti ramai asyik bermain telefon pintar atau menonton movie-movie best kat Neflix. Bukan korang jer, Abang Jim pun sama. Nak beraktiviti kat luar tak boleh. Tambah-tambah lagi sekarang ni bulan puasa. Apa kata mulai sekarang kita penuhi masa yang ada itu dengan hobi yang berfaedah. Sekurang-kurangnya ada juga hasilnya.

1. Belajar Bahasa Asing

Menerima cabaran dalam mempelajari bahasa asing sebagai hobi bukan hanya boleh menjadikan korang mahir bertutur dalam sesuatu bahasa itu. Tetapi ia juga boleh menjadi satu cara untuk korang berkomunikasi bersama mereka yang bercakap dalam bahasa tersebut. Setidak-tidaknya membantu korang untuk memahami sesuatu perkataan dalam bahasa yang korang belajar tu. Sudah pasti ia menyeronokkan apabila korang sendiri boleh memahami apa yang orang lain perkatakan tu. Selain merujuk buku, korang boleh belajar menerusi menonton filem, di YouTube mahupun mendengar lagu.
2. Fotografi

Kamera kompak digital semakin hari semakin mudah untuk mendapatkannya. Sekarang pun ia dijual pada harga yang berpatutan. Lebih mudah pakai jer kamera yang ada kat telefon pintar yang dah semakin canggih sekarang ni. Bahkan lebih senang untuk digunakan. Banyak sesi pembelajaran secara online kursus fotografi bagi korang yang baru dalam bidang ini. Jadi, ia pastinya boleh menjadi satu hobi yang menyeronokkan bagi seseorang yang mempunyai mata seni. Untuk memulakan hobi ini, bersedia untuk membuat sedikit perbelanjaan dalam mendapatkan kamera yang anda inginkan. Perlahan-lahan, dari jurugambar amatur boleh menjadi seorang jurugambar profesional. Siapa tahu bukan?
3. Gubahan Bunga

Mungkin kedengaran agak Old school’ sedikit laa. Bagi sesetengah orang, seni gubahan bunga ni agak membosankan untuk dibuat pada hari ini. Tetapi bayangkan bagaimana cool nya jika korang boleh menghasilkan sendiri gubahan bunga yang indah seperti yang korang lihat di majlis perkahwinan. Dan mungkin satu hari nanti jika korang sudah mahir dalam menggubah bunga, korang boleh membuka perniagaan sendiri untuk gubahan bunga.
Baca artikel ini: Nak Kulit Cantik Persis Orang Jepun? Amalkan 5 Cara Ini!
4. Sulaman

Satu lagi hobi lama yang korang boleh cuba kalau berminat. Sulaman ni memerlukan kreativiti dan kesabaran yang tinggi. Tapi pada masa sekarang, ia masih dilihat kekal relevan sebab terdapat lagi peminat pada seni sulaman ini. Macam-macam corak sulaman korang boleh hasilkan melalui buku atau tutorial dalam YouTube. Korang juga boleh jana pendapatan nanti kalau open order melalui laman sosial. Sure ada yang berkenan nanti.
5. DIY

Dari korang biarkan botol kaca dari kicap, sos atau minuman terbuang begitu sahaja, lebih baik korang simpan dan ubahnya menjadi satu item yang berguna di rumah. Korang dan boleh mula amalkan amalan kitar semula. Setidaknya korang ada inisiatif untuk menyelamatkan bumi dari dicemari. Bahkan, korang akan menjadi lebih kreatif dalam pengubahsuaian.
Memulakan hobi baru ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Mana ada benda yang korang boleh kuasai dalam masa sehari? So dengan hobi tersebut, dapatlah korang mempelajari sesuatu yang baru.
Baca artikel ini: 11 Perkara Yang Korang Perlu Lakukan Sebelum Usia 30 Tahun