Bercakap pasal kecantikan kulit orang Jepun, mesti korang terfikir diaorang melakukan pembedahan plastik untuk dapat kulit yang mulus sebegitu. Betul tak? Memang la, negara Jepunkan sangat maju dan terkenal dengan produk kecantikan mereka.
Masa Abang Jim melancong ke Jepun, memang kulit orang-orang kat sana sangat cantik walaupun diaorang bukannya golongan selebriti pun. Tapi, tak semua mereka menggunakan produk moden untuk cantik. Mereka masih mengamalkan cara tradisional untuk merawat wajah. Jom kita bongkar rahsia kecantikan mereka.
1. Vitamin C
Wanita Jepun percaya vitamin C amat baik untuk kulit dan memiliki khasiat tersendiri untuk memutihkan kulit. Lantaran itu, mereka gemar memakan jeruk yang mengoksidasi dan memecah melanin sehingga berupaya memutihkan kulit.
2. Kacang merah
Wanita Jepun memanfaatkan azuki yakni sejenis kacang merah. Sejak berabad-abad lampau, kacang merah digunakan sebagai bahan untuk menggosok lembut pada wajah. Hasilnya, wajah lebih halus dan bebas daripada sebarang noda jerawat.
Baca artikel ini: Aduh! 5 Cara Atasi Sembelit Semasa Bulan Puasa
3. Bekatul
Bekatul komenuka merupakan bahan super yang digunakan oleh wanita Jepun. Ia bertindak memelihara kulit dan membantu agar kelihatan awet muda. Selain itu, bahan semula jadi ini juga berupaya mencegah kedutan dan lingkaran hitam di bawah kulit, serta mengawal pengeluaran minyak semula jadi kulit.
4. Ritual Pengelupasan
Wanita Jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati daripada wajah. Amalan ini berupaya membangkitkan seri wajah sekali gus mengelakkan wajah kelihatan kusam.
5. Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemui di perairan Jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi yang terbaik. Wakame berfungsi melindungi kulit daripada sinar ultraviolet serta kerosakan kulit akibat pencemaran. Selain daripada itu, bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.
Nak dapatkan kulit yang cantik tak susah sebenarnya. Asalkan korang jaga pemakanan dan rajin-rajinlah buat rawatan kulit. Buat kat rumah pun boleh jer dengan menggunakan bahan-bahan tertentu yang ada kat dapur rumah korang tu.
Baca artikel ini: Cantik! 10 Idea Sentuhan Dekorasi Murah Dan Mudah