Apa yang Abang Jim perhatikan, sebenarnya masih ramai lagi orang kat luar sana tidak tahu cara untuk memilih produk pencuci muka. Tak semua produk sesuai dengan kulit muka penggunanya.
Kulit muka pula terdiri daripada pelbagai jenis. So perkara pertama yang korang kena tahu ialah, kenalpasti jenis kulit muka korang terlebih dahulu sebelum memilih pencuci muka yang sesuai. Bila dah tahu jenis kulit barulah korang boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit.
Jika kulit korang jenis yang kering, tidak sesuai untuk menggunakan pelembap oil-free kerana ia tidak akan membantu. Pilih pencuci muka yang lembut dan ringan yang tak akan menghilangkan semua minyak dari kulit. Seeloknya korang cari produk yang mengandungi ramuan yang melembapkan seperti hyaluronic acid. Untuk pelembap pula, cari produk yang berbentuk lotion atau krim pekat.
Baca artikel ini: 11 Jenis Kurma Paling Sedap dan Popular di Malaysia
Pastikan produk yang lembut dan hydrating. Kalau inginkan kulit korang nampak lagi lembap, gunakan juga serum antioksidan. Nanti kulit korang akan sentiasa nampak segar.
Jika muka korang jenis yang berminyak, pilih pencuci muka yang berasaskan air atau mempunyai tekstur gel yang ringan. Produk yang tebal akan buat kulit korang menjadi lebih berminyak dan liang pori kulit tersumbat. Cari produk yang bebas dari sulfate dan mengandungi ramuan seperti salicylic acid. Selain itu, elakkan dari memakai toner yang penuh dengan alkohol, dan pilih pelembap yang ringan.
Mudah je kan? Yang penting kenali jenis kulit muka anda dulu, selepas itu baru mudah untuk membeli produk mana yang lebih sesuai. Hari raya pun bakal menjelma nanti. Pastikan kulit korang berseri nanti yer.
Baca artikel ini: 5 Alasan Perempuan Tertarik Dengan Karakter Lelaki ‘Bad Boy’