Selera untuk mendapatkan teman lelaki mungkin berbeza-beza. Bagi perempuan, kebanyakan mereka mesti akan memberikan jawapan untuk mencari teman lelaki yang baik, menghormati, beriman dan sekurang-kurangnya memiliki pesona wajah yang sedap mata memandang.

Jawapan tersebut mungkin kedengaran agak klise. Tapi tak kurang juga perempuan untuk mencari teman lelaki yang memiliki karakter ‘bad boy’. Menurut laman web Thought Catalog, memang terdapat golongan perempuan yang tidak suka pada lelaki yang mempunyai karakter lelaki baik. Abang Jim pun tertanya-tanya alasannya kenapa. So kat sini Abang Jim akan memberikan 5 alasan kenapa perempuan lebih tertarik pada ‘bad boy’.
1. Keyakinan

Ada perempuan yang tertarik dengan sikapnya yang Aku-Peduli-Apa. Lelaki jenis ini tidak pedulikan sesiapa kecuali dirinya sendiri. Dia berani menjadi diri sendiri dan tidak ambil pusing apa pandangan orang terhadapnya. Jadi, naluri feminin perempuan akan tercabar dan mahu memburu perhatiannya. Korang berasa seolah-olah memperoleh medal emas jika berjaya memenangi hatinya yang keras seperti batu bata.
2. Agresif

Jika lelaki yang baik malu mahu menegur perempuan yang disukainya, bad boy pula tidak tahu apa itu malu. Dia akan buat apa saja tanpa mengenal erti putus asa bagi menarik perhatian perempuan yang dia inginkan. Walaupun korang menyampah tahap tertinggi sehingga mahu mengangkat jari tengah kepadanya!
3. Charming

Lelaki jenis macam ini biasanya pandai buat lawak atau sekurang-kurangnya buat korang tersenyum. Mereka pandai memuji dan mengambil hati korang walaupun kadang-kadang mereka tidak memaksudkannya pun. Mereka juga bermulut manis seperti aiskrim kon vanila yang bakal mencairkan hati perempuan.
Baca artikel ini: 8 Tanda Teman Lelaki Korang Bukan ‘Boyfriend Material’
4. Artistik

Kebanyakan lelaki bad boy berbakat dalam bidang seni misalnya bermain drum, menyanyi dengan band dan pandai menulis puisi. Mereka boleh buat sesuatu yang kreatif dan kelihatan cool. Bakat-bakat seperti ini yang selalunya menarik perhatian para gadis terhadap lelaki bad boy.
5. Hero

Walaupun lelaki bad boy ni kadang-kadang bersikap dingin seperti ais kepal terhadap korang, senyap-senyap mereka sebenarnya ambil peduli tau. Lelaki jenis ini tidak akan duduk diam apabila ada yang membuat korang menangis. Jika ada orang berani kacau, orang itu perlu menyediakan wasiat atau wang secukupnya untuk bil hospital kerana telah menempah bala dengan boyfriend korang tu.
Begitulah serba sedikit tentang karakter bad boy yang menarik perhatian perempuan seperti magnet. Namun begitu, lelaki berkarakter bad boy ni tak selamanya akan kekal macam tu. Bila dah sampai masa, dah semakin matang, diaorang pasti akan berubah suatu hari nanti menjadi lelaki yang lebih baik.
Baca artikel ini: Lelaki Suka Wanita Bersolek Atau Tidak?