Masa korang berpuasa, selain korang berdepan dengan lapar dan dahaga, korang juga akan berdepan dengan satu lagi risiko lain berkaitan penghadaman. Kalau korang makan dengan gelojoh, pilih makanan yang tak sihat dan makan banyak, besar kemungkinan korang akan mengalami masalah sembelit.

Fuhh! Abang Jim kalau dengar bab sembelit ni boleh jadi tak senang duduk beb. Yerlah, membuang air besar tu termasuk dalam salah satu nikmat kot.
So kat sini, Abang Jim bermurah hati nak tolong korang dengan berkongsi antara cara untuk mengatasi masalah sembelit. Supaya korang boleh senyum sampai kat telinga.
1. Banyakkan minum air

Minum air dengan banyak ni benda basic sebenarnya. Tapi masa bulan puasa iaitu tempoh antara berbuka dengan sahur, korang mungkin terlupa nak minum air kosong sebab dah terlalu kenyang. Yer laa melantak tak ingat dunia masa berbuka. Tapi untuk mengelakkan masalah sembelit berlaku korang perlu pastikan yang korang ambil air kosong tetap 8 gelas sehari iaitu 2 gelas semasa berbuka, 4 gelas sepanjang malam dan 2 gelas semasa bersahur.
2. Banyakkan buah-buahan dan sayuran serat

Sebenarnya, faktor utama sembelit adalah sebab kurangnya pengambilan serat dalam badan. Walaupun korang dah minum air secukupnya, tapi kalau korang tak ambil serat secukupnya, sembelit tetap muncul semasa berpuasa. Antara buah-buahan yang kaya serat adalah seperti pisang, betik, epal dan buah beri. Manakala sayuran tinggi serat adalah brokoli, kubis dan asparagus.
3. Elakkan kafein semasa berbuka dan sahur

Abang Jim tahu ada antara korang memang gila minuman berkafein, termasuklah Abang Jim sendiri. Pengambilan minuman berkafein akan membuatkan perut korang melepaskan jus gastrik pada perut kosong dan seterusnya membuatkan mukosa perut korang sakit. Tapi kalau korang minum selepas 2 jam berbuka, itu adalah lebih baik. Sebab badan korang akan menyesuaikan tahap glukosa darah ketika itu. Manakala, minum secawan pada waktu sahur akan membuatkan korang dehidrasi selama seharian.
Baca artikel ini: Nelayan Beruntung Dapat Ikan ‘Bertuah’
4. Makan puding atau agar-agar

Menikmati puding atau agar-agar juga dikatakan boleh membantu masalah sembelit. Sebabnya, agar-agar diperbuat daripada rumput laut dan mengandungi serat yang tinggi. Pengambilannya semasa puasa khususnya ketika berbuka puasa dapat membantu mengaktifkan semula fungsi sistem penghadaman yang berehat selama lebih kurang 13 jam.
5. Lakukan senaman

Walaupun sedang berpuasa, senaman tetap on. Korang masih boleh melakukan senaman ringan sebab ia salah satu cara mengatasi sembelit selain daripada penjagaan makanan dan minuman. Senaman boleh membantu melancarkan sistem penghadaman badan dan mampu membakar lemak dan kalori sehingga berupaya mencegah sembelit yang menganggu kehidupan korang.
Korang jangan main-main tau dengan sembelit. Lama-lama boleh rosak perut korang tu nanti sebab dah terlalu banyak sisa toksik terkumpul. Jika sembelit berterusan dan semakin kronik, korang perlu berjumpa dengan doktor segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan pulak korang ambil julat sebab keadaan korang akan jadi lebih teruk!
Baca artikel ini: Sayangkan Kucing? Berhenti Beri 5 Makanan Ini Pada Kucing