Dalam usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19, orang ramai disaran untuk menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter.
Tapi, berdasarkan beberapa keping gambar yang tersebar kat laman sosial, bukan setakat manusia jer yang mengamalkan jarak sosial ni, binatang pun tak terkecuali.
Abang Jim rasa comel jer tengok binatang pun patuh pada arahan untuk menjarakkan diri antara satu sama lain. Kat bawah ni Abang Jim ada kongsikan gambar yang diambil di seluruh dunia.
Jarak sosial yang dilakukan oleh kucing. Hehehe comel!
Anjing pun dengar cakap untuk jaga jarak.
Baca artikel ini: Binatang Peliharaan Yang Korang Boleh Bela Kat Asrama
Burung dengan beberapa haiwan lain pun tak terkecuali tau!
Bukan sesama spesies jer jaga jarak, dengan manusia pun binatang-binatang ni ikut peraturan.
Kalau binatang pun boleh mendengar cakap, takkan laa korang tak boleh. Menjaga jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain bukan susah sangat pun. Demi untuk kebaikan bersama juga supaya COVID-19 ni tidak menular dengan lebih meluas.
Baca artikel ini: Haiwan bermaharajalela di Jalanan Semasa Tempoh Kuarantin