Siapa yang tak suka mendapat hadiah berupa kuntuman bunga ros? Lagi-lagi perempuan. Dia punya gembira tu tak tahu nak cakap apa. Tapi Abang Jim tak pernah pulak ada pengalaman kasi bunga ros kat perempuan. Awek pun tak ada. Tapi yang perempuan, korang jangan gembira sangat tau kalau dapat bunga ros dari lelaki. Sebab setiap jumlah kuntum yang korang dapat tu ada maksudnya tersendiri bermula dari sekuntum hingga 25 kuntum.
1 kuntum: Selalunya sekuntum ros diberi kepada insan yang disukai sebagai tanda ‘cinta pandang pertama’. Ouchh! Sweet.
2 kuntum: Lelaki akan memberi 2 kuntum ros kepada orang yang dia terlalu sayang dan cintai. Bertuah perempuan tu.
3 kuntum: “Saya sayangkan awak” atau “Saya cintakan awak”.
4 kuntum: Cara yang sempurna untuk mengatakan “Tiada apa-apa yang boleh pisahkan kita”. Ingat tu girls.
5 kuntum: Juga salah satu cara yang boleh menjadi simbol luahan perasaan terhadap insan yang istimewa. Jika si lelaki ingin menunjuk betapa dia mengambil berat tentang teman wanitanya, memberi 5 kuntum bunga ros adalah idea yang bernas.
6 kuntum: Ia melambangkan “Saya ingin menjadi milik anda”. Ia ibarat cara untuk melamar pasangan korang.
7 kuntum: Bermaksud kita mengagumi insan tersebut. So kalau BF korang bagi bunga ros 7 kuntum, itu bermaksud dia kagum dengan korang.
8 kuntum: Sekiranya seseorang yang kita kenal mengalami masalah ataupun saat yang sukar, memberi 8 kuntum bunga ros bermaksud si lelaki sentiasa ada di sisi teman wanitanya ketika mereka berada dalam kesusahan.
9 kuntum: Untuk menunjukkan simbol cinta yang kekal, si lelaki boleh memberi jumlah ros ini kepada insan yang disayangi yang korang ingin menghabiskan masa seumur hidup dengannya.
10 kuntum: Cara yang indah untuk mengatakan “Anda sempurna”. Wow!
11 kuntum: 11 kuntum bunga ros yang membawa maksud “Anda merupakan harta kesayangan saya”.
12 kuntum: Ia bermaksud ‘melamar’. Boleh dikatakan mungkin petanda atau ‘hint’ bahawa si lelaki itu sudah bersedia untuk melamar teman wanitanya untuk dijadikan isteri. Berkahwin laa senang cakap.
Baca artikel ini: Punca Wanita Suka Lelaki Berumur Berbanding Muda
13 kuntum: Jumlah ini terdiri daripada 2 maksud iaitu simbol persahabatan yang kekal ataupun peminat rahsia.
14 kuntum: Memberi 14 kuntum bunga ros kepada seseorang untuk memberitahu bahawa korang bangga dengan pencapaiannya.
15 kuntum: Sebagai tanda meminta maaf ataupun jika korang telah mengecewakan seseorang dan mahu dia tahu yang korang berasa kesal.
16 kuntum: “Selamat tinggal”. Sedihnya! So yang perempuan kalau dapat 16 kuntum bunga ros dari teman lelaki korang, jangan terlalu suka yer.
17 kuntum: 17 kuntum bunga ros merupakan antara hadiah yang sempurna untuk diberi kepada isteri tercinta, sama ada pada hari jadinya ataupun pada sambutan istimewa yang lain.
18 kuntum: Jika korang ingin mengatakan kepada insan yang disayangi bahawa “dia tetap kekal cantik” selama bersamanya, jumlah ini juga merupakan simbol keikhlasan dan kebenaran.
19 kuntum: Simbol untuk menunjukkan bahawa si lelaki sanggup menunggu sang perempuan tidak kira apa yang terjadi.
20 kuntum: Juga bermaksud keikhlasan dan kepercayaan.
21 kuntum: Menunjukkan bahawa si lelaki sanggup memberikan komitmen kepada pasangan.
22 kuntum: Ia mempunyai 2 maksud iaitu “Bersama sentiasa” dan tuah.
23 kuntum: Ia bermaksud “Kasih sayang terhadapmu tidak akan luntur”.
24 kuntum: Sebagai mesej kepada si dia iaitu beliau sentiasa berada di minda.
25 kuntum: Tanda mendoakan kebahagian dan kegembiraan kepada seseorang.
Menarik bukan maksud setiap jumlah bunga ros ini? Jika korang ingin memberi bunga kepada insan tersayang selepas ini, jangan lupa untuk memberi jumlah yang betul! Nanti tak pasal-pasal tersalah sangka.
Baca artikel ini: 4 Kesan Negatif Tabiat ‘Patahkan’ Jari