Punca Wanita Suka Lelaki Berumur Berbanding Muda

Semua wanita pasti mengidamkan seorang suami yang boleh memimpin dan memberikan kebahagiaan selepas berkahwin. So tak mustahil bila Abang Jim perhatikan, ramai wanita hari ini lebih memilih untuk bersama dengan pasangan yang lebih tua daripada usia mereka.

Sebab itu seorang penulis iaitu Christie Hartman menyatakan bahawa golongan wanita muda lebih cenderung tertarik dengan kedewasaan, kesenangan, kepercayaan dan kebijaksanaan seorang lelaki dalam memimpin mereka.

Maka kat sini Abang Jim nak kongsikan lima sebab wanita suka  golongan lelaki yang berusia berbanding muda:

1.   Lebih stabil

Golongan lelaki berusia dilihat mempunyai bidang kerjaya tersendiri dan kewangan yang stabil. So, ciri-ciri tersebut secara tidak langsung memperlihatkan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk memikul tugas sebagai ketua keluarga. Bila berkahwin, si wanita tu tak adalah terlalu bimbang tentang tanggungjawab suaminya.

2.   Lebih menghargai

Lelaki berusia dikatakan mempunyai lebih banyak masa untuk diluangkan dengan kekasihnya. Selain itu, mereka dilihat lebih cenderung untuk memberi sepenuh perhatian kepada wanita. Ramai dalam kalangan wanita berpendapat bahawa lelaki berusia lebih memahami ragam mereka terutama dalam situasi memujuk dan mengambil hati pasangan. Mungkin sebab tujuan hidup lelaki berusia yang lebih serius dalam sesebuah perhubungan.

3.   Lebih berwawasan

Lelaki berusia dilihat lebih berpandangan jauh untuk membina masa hadapan bersama orang yang dikasihinya. Kebanyakan daripada lelaki berusia akan merancang untuk memberikan kehidupan yang selesa bagi isteri dan anak-anaknya. Hal ini secara tidak langsung mendorong wanita muda untuk percaya bahawa kehidupan mereka akan lebih terjamin sekiranya berkahwin dengan lelaki berusia.

Baca artikel ini: Malu ke pakai barangan terpakai?

4.   Lebih matang

Individu dengan tahap kematangan tinggi semestinya bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Lelaki berusia tidak akan bersikap terburu-buru malah meneliti segala aspek sebelum membuat sebarang keputusan. Sifat kematangan dan kedewasaan sememangnya menawan hati wanita kerana lelaki matang tidak mudah untuk meletakkan egonya dalam perhubungan. Golongan ini juga akan lebih profesional jika dibandingkan golongan 20-an yang sering mementingkan diri. Tapi untuk pengetahuan korang, kajian mendapati lelaki akan betul-betul matang adalah pada usia 40 tahun.

5.   Bersikap terbuka

Golongan lelaki berusia dikatakan bersikap lebih terbuka berbanding golongan muda. Ini kerana, mereka tidak begitu kisah tentang penampilan seorang wanita itu. Mereka lebih menerima daripada mengkritik atau membanding-bandingkan wanita dengan orang lain. Macam lelaki muda pula, diaorang cenderung menginginkan pasangan dengan rupa paras cantik, berfesyen dan banyak lagi.

Maka, tidak hairanlah jika golongan berusia berupaya menambat hati golongan wanita.

So para lelaki kat luar sana, kalau ada wanita yang menolak cinta korang, mungkin penilaiannya adalah, wanita tu sebenarnya menginginkan seorang lelaki yang lebih berusia sebab alasan-alasan yang telah dinyatakan kat atas. Korang jangan marah pulak yer. Heheheh.

Baca artikel ini: Patutlah Awak Selalu Happy Jer Sebab Suka Aiskrim Vanilla Rupanya. Korang plak Suka Perisa Apa?

Read Previous

4 Kesan Negatif Tabiat ‘Patahkan’ Jari

Read Next

4 Menu Berbuka Puasa Sedap Yang Sesuai Untuk Berdiet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 + thirteen =