Ramai orang berlumba-lumba melakukan pelbagai cara untuk mengurangkan berat badannya sewaktu berpuasa. Salah satunya adalah melalui diet. Masa berpuasa, pola pemakanan juga berubah. Orang yang berpuasa hanya makan sewaktu berbuka dan sahur sahaja. Ikut pengalaman sendiri, Abang Jim pernah kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram sewaktu berpuasa beberapa tahun lalu.
Masa itu Abang Jim memang serius untuk turunkan berat badan. Apa yang Abang Jim buat adalah dengan mengamalkan menu diet yang berkhasiat dan sihat. So kat sini Abang Jim nak kongsikan 4 menu berbuka puasa yang sedap, dan sesuai untuk korang yang tengah berdiet tu.
1. Kurma
Kurma merupakan buah yang paling dicari ketika bulan Ramadhan. Bahkan bagi sebahagian orang, kurma menjadi makanan yang wajib untuk dimakan sebagai menu berbuka puasa ataupun sahur. Buah kurma merupakan sumber gula yang baik dan akan mengembalikan tenaga yang hilang seharian. Buah kurma mengandungi 11.8 gram serat. Ini sudah hampir merangkumi setengah dari keperluan serat harian korang. Selain kurma, korang juga boleh mengambil buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, oren, dan anggur.
2. Salad
Pada waktu berbuka, sebaiknya korang langsung jangan makan makanan berat. Salah satu alternatif menu berbuka puasa yang paling baik adalah salad. Baik salad buah ataupun salad sayur-sayuran, kedua-duanya mengandungi sedikit kalori namun tetap boleh mengenyangkan perut. Selain itu, kandungan serat yang tinggi dari pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran mampu menurunkan kadar kolesterol dan mencegah sembelit yang biasa terjadi sewaktu berpuasa. Jangan lupa perhatikan bahan-bahan tambahan yang digunakan untuk salad. Jangan sampai bahan tambahan yang korang gunakan menyumbang kepada lemak jahat dan kalori yang boleh membuatkan berat badan korang naik di bulan Ramadhan.
Baca artikel ini: 8 Tanda Teman Lelaki Korang Bukan ‘Boyfriend Material’
3. Sup
Ramai orang yang lebih memilih untuk berbuka dengan makanan bergoreng dan jus buah kerana merasa lebih nikmat sebagai hidangan berbuka puasa. Padahal, semangkuk sup boleh menjadi pilihan menu berbuka puasa ketika berdiet yang menyihatkan. Semangkuk sup kaya dengan air yang mampu menghidrasi sel tubuh setelah seharian puasa. Selain itu, berbuka dengan sup mampu menghangatkan perut dan membantu mencegah kembung atau ketidakselesaan pada perut. Korang boleh mengambil sup ayam, sup kacang merah, sup jagung, sayur bening, ataupun jenis sayur berkuah lain sebagai pilihan menu berbuka puasa. Yang penting ia mengenyangkan.
4. Beras merah
Mulai sekarang, ganti nasi putih anda dengan beras perang yang tinggi serat dan mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah. Selain itu, beras perang ternyata mengandungi sedikit kalori, dan membantu menurunkan berat badan sewaktu bulan puasa.
Tidak hanya sewaktu bulan Ramadhan, sebaiknya korang menjadikan beras perang sebagai makanan harian. Berbanding nasi putih, nasi perang boleh memberikan kekenyangan lebih lama apatah lagi jika ditambah dengan menu berbuka puasa lain yang sihat seperti sayur-sayuran.
Tak susah pun sebenarnya untuk berdiet lebih-lebih lagi semasa bulan puasa. Tapi korang kena berusaha sikit laa untuk berperang dengan nafsu sendiri. Takut nanti niat untuk berdiet tu dah ada, tapi hujung-hujung tewas pula bila dah nampak ayam goreng kat depan mata.
Baca artikel ini: Lelaki Suka Wanita Bersolek Atau Tidak?