Orang perempuan memang mudah jatuh hati. Betul ke? Tapi persoalannya adakah si lelaki itu betul-betul calon yang sesuai untuk menjadi teman lelaki korang?

Siapa yang tidak mahu bercinta dan memiliki pasangan. Tetapi adakah lelaki yang korang cintai itu merupakan teman lelaki yang terbaik, sebaik macam Abang Jim? Hahahah! Untuk mengetahui teman lelaki korang tu layak atau tidak menjadi teman lelaki impian, jom semak lapan tanda di bawah!
1. Tidak mempunyai masa untuk kamu

Dalam perhubungan, mesti korang rasa selalu jer nak jumpa teman lelaki korangkan? Tetapi jika si dia sentiasa sibuk dengan urusan sendiri dan tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama korang, jadi apa gunanya perhubungan yang dijalinkan ketika ini. Sudah tentu korang sendiri akan merasakan si dia tidak serius dan sengaja tidak meluangkan masa bersama. Jika tanda seperti ini, mungkin korang boleh menilai semula hubungan korang dengan si dia.
2. Tiada komitmen dalam hubungan

Si dia lebih gemar fokus pada hal sendiri dan ada kalanya menggunakan duit korang untuk berbelanja. Jika lelaki seperti ini sudah mula tunjukkan tanda-tanda seperti ini, sebaiknya fikirlah empat lima kali sama ada untuk meneruskan hubungan tersebut atau sebaliknya. Lelaki yang menganggap diri korang sebagai mesin ATM dan tidak mahu komitmen dalam hubungan adalah lelaki yang tak layak menjadi teman lelaki korang!
3. Tak minat dengan topik serius

Sering kali korang cuba mengajak untuk berbual mengenai hal serius seperti soal perkahwinan, berjumpa ibubapa dan soal masa depan, si dia pasti menolak. Kalau ada tanda-tanda seperti ini, mungkin korang harus berfikir semula calon teman lelaki jika ingin membawa hubungan ke jinjang pelamin. Nampaknya dia tak begitu serius.
Baca artikel ini: Gadis Cantik Rimas Dilamar 50 Lelaki Sehari!
4. Tidak mengambil berat soal korang

Si dia sering mengambil berat diri korang secara sambil lewa dan acuh tidak acuh. Perhatian yang korang inginkan tidak diberikan kerana si dia sendiri tidak mahu mengambil berat tentang diri korang tu. So untuk apa hubungan yang sambil lewa seperti ini diteruskan lagi? Angkat kaki, blah jer!
5. Tidak suka keluar dating

Pernah tak tiap kali mengajak untuk keluar dating, ada saja alasan yang diberikan. Si dia merasakan lebih baik dating di rumah sahaja kerana boleh jimat duit dan tidak perlu membazir. Dalam hubungan korang perlu ada give and take, perlu invest untuk hubungan menjadi kuat dan matang. Tetapi jika ini sikap si dia, baik korang cari lelaki yang benar-benar menyayangi diri korang tu. Sekurang-kurangnya lelaki yang tahu menghargai diri korang dan tidak akan berkira jika hendak keluar dating!
6. Suka mungkir janji dan banyak alasan

Pernah tak korang dah bersemangat untuk keluar dating, siap mekap dan bertatarias untuk berjumpa dengan si dia, tapi last-last tak jadi. Punca sebab alasan tidak munasabahnya dan dah selalu terjadi! Sudahlah bagi tahu last minute, segala penat lelah bersiap membuatkan hati semakin kecewa dengan sikap si dia. Perlu tak korang mempertahankan hubungan yang macam ni?
7. Tak ‘declare’ perhubungan

Dah berkawan terlalu lama, apa bak kata orang ‘teman tapi mesra’ tapi tiada tanda si dia ingin rasmikan hubungan korang berdua. Lebih baik korang jangan menaruh harapan lagi pada si dia. Sikap seperti ini dalam mana-mana fasa hubungan, akan membuatkan diri korang sahaja yang berharap manakala si dia tidak ambil serius dalam hubungan pun.
8. Impikan masa depan yang berbeza

Ini yang paling tragik. Apabila korang telah berangan-angan untuk membina rumahtangga di masa akan datang, tetapi si dia tidak mempunyai hala tuju yang sama. Impian masa depan yang berbeza macam ini akan membuatkan hubungan tidak akan kekal.
Abang Jim bukan nak mencarikan korang jodoh. Cuma nak berkongsi sikit jenis-jenis lelaki yang Abang Jim rasa bukan calon ‘boyfriend’ terbaik untuk korang.
Calon yang harus korang pilih adalah, individu yang ingin mendirikan rumahtangga dan berkeluarga dengan kamu sehingga hari tua. Dan bukannya hanya ingin bersama saat senang jer.
Baca artikel ini: Lelaki dan solekan? 10 benda ni korang kena ada